Kira kira 24 jam sebelum saingan peringkat suku akhir Piala AFC B 23 tahun berlangsung melibatkan Malaysia dan Korea Selatan, kedua dua jurulatih sudah melancarkan perang psikologi.
Korea Selatan kendalian Kim Bong Gil tidak mahu terlalu berbangga dengan prestasi semasa pasukannya kerana menyifatkan anak didik Datuk Ong Kim Swee mempunyai elemen kejutan.
“Kami tidak menjangkakan Malaysia menewaskan Arab Saudi. Tetapi selepas menyaksikan video perlawanan, Malaysia mempunyai barisan serangan dan pertahanan yang baik.
“Kami akan turun dengan pemain yang terbaik dan bermain dengan cara tersendiri di perlawanan esok,”kata Bong- Gil.
Tiada tekanan buat pengendali berusia 51 tahun ini samada memilih untuk menamatkan perlawanan dalam masa penuh 90 minit atayu pun penentuan penalti.
Baginya, apa yang menjadi fokus utama adalah persiapan pemain pemain untuk bersedia mengahrungi apa sahaja kebarangkalian sepanjang saingan suku akhir esok.
Tiada kecederaan serius yang menimpa anak didiknya malah, faktor rehat berbanding Malaysia yang berkelebihan sehari tampak tidak menganggu rentak dan persiapan mereka.
“Malaysia dapat berehat sehari lebih adalah satu kelebihan. Tetapi pemain pemain saya mempunyai semangat yang tinggi dan saya percaya pada kemampuan mereka.
“Semalam kami hanya menumpukan untuk proses pemulihan dan saya percaya pemain pemain sudah bersedia,”katanya lagi.
Korea Selatan menamatkan saingan kumpulan D di tangga teratas dengan tujuh mata, tanpa sebarang rekod tewas sepanjang saingan peringkat kumpulan.