Oleh Muhammad Aiman
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datoâ Ong Kim Swee membidas sikap dan karakter beberapa pemainnya yang beraksi sambil lewa sehingga menjadi punca kekalahan mengejut 0-2 Malaysia kepada Papua New Guinea dalam aksi persahabatan pertama dalam siri Jelajah Oceania di Port Moresby, pada Jumaat.
Ianya kekalahan yang jelas tidak diduga sama sekali oleh bukan sahaja Kim Swee malah seluruh peminat bolasepak tempatan dan pengendali berusia 55 tahun itu lantang menegaskan betapa dia tidak akan teragak-agak menyingkirkan mana-mana pemain yang tidak mempunyai jiwa untuk mewakili pasukan kebangsaan.
âJika saya ada 11 pemain dan dua daripada mereka tidak bermain dengan karakter, saya lebih rela bermain dengan 9 orang. Mengecewakan kerana beberapa pemain tidak menunjukkan karakter sebenar mereka dan membantu antara satu sama lain. Ini satu perkara yang perlu saya teliti.
âKita boleh lihat, walaupun di separuh masa kedua kita bermain dengan 10 pemain setelah Shahrom dikeluarkan, kita tetap berjaya cipta dua peluang. Ini membuktikan jika pemain bermain dengan atitud dan mentaliti untuk melakukan sesuatu maka sudah tentu mereka boleh bermain dengan lebih baik. Kalau tiada keinginan main dengan 12 pemain pun tidak boleh menang. Â
Tambah Kim Swee, âSelepas kita menang dengan Timor Leste, ada beberapa pemain mengambil mudah (perlawanan di Jelajah Oceania). Ini satu faktor yang perlu kita perbaiki selain menunjukkan permainan yang lebih baik.
âSaya harap keputusan ini memberikan kita pengajaran, dan sekiranya pemain-pemain ini tidak kiralah sama ada yang bermain ketika menentang Timor Leste atau tidak terus diberi peluang untuk bermain, mereka akan bangkit dan buktikan sesuatu jika ingin terus bersama pasukan ini di masa hadapan.â Â
Pada perlawanan itu, Malaysia yang beraksi 10 pemain pada 25 minit terakhir ekoran kecederaan yang dialami Shahrom Kalam, tewas kepada pasukan di ranking ke-193 dunia itu menerusi dua jaringan Tommy Semmy.
Harimau Malaysia turun tanpa beberapa pemain tonggak seperti Izham Tarmizi, Aidil Zafuan Abdul Razak, S.Kunanlan dan Hazwan Bakri dengan Kim Swee memilih untuk memberi kap antarabangsa sulung buat Abdul Latiff Suhaimi dan penjaga gol Farhan Abu Bakar.
Selepas ini, Malaysia akan berdepan pasukan di ranking ke-183 dunia, New Caledonia di Noumea pada 22 Jun dan menutup tirai Jelajah Oceania dengan menentang Fiji (186) di Nadi pada 26 Jun.