Oleh Ku Mohd Lufti
Pengendali Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee tidak sesekali memandang ringan ke atas Macau ketika kedua dua pasukan bakal berentap bagi perlawanan persahabatan antarabangsa Selasa depan.
Malaysia menghuni tangga ke 166 ketika ini manakala Macau berada di kedudukan ke 195 dunia dalam senarai ranking yang dikeluarkan oleh badan induk bolasepak dunia, FIFA.
Bagi Datuk Ong Kim Swee, Macau pastinya punya kelebihan tersendiri dan itu pastinya perlu dipandang serius oleh pemain pemain ketika beraksi di padang.
“Walaupun ranking Macau lebih bawah daripada pasukan negara kita tapi kita tak boleh mengambil mudah di mana semua pasukan mempunyai kelebihan sendiri dan yg penting di sini kita harus fokus dengan apa perancangan pasukan kita untuk menghadapi Macau daripada kita mementingkan apa yg perlu kita risaukan tentang Macau di mana kita harus berada dalam tahap yg lebih baik dan saya percaya semua pemain dah bersedia untuk diturunkan tak kira siapapun ‘ Kata Datuk Ong Kim Swee.
Malaysia akan berdepan Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Selasa jam 9 malam.
Terdahulu Datuk Ong Kim Swee dan pemain pemain Harimau Malaysia meluangkan masa menziarahi pesakit pesakit di Hospital Melaka yang turut di hadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Pada program itu para pemain Skuad Harimau Malaysia berkesempatan bertemu pesakit di hospital terbabit dan menyampaikan sumbangan termasuk tiket ke perlawanan persahabatan Malaysia menentang Macau.