Oleh Ku Mohd Lufti
Kejayaan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 tampak menjadi asas kebangkutan skuad Harimau Malaysia selepas aksi suram sebelum ini.
Enam gol yang terhasil sepanjang dua aksi play off di Larkin sedikit sebanyak member kelegaan buat Datuk Ong Kim Swee sekalgus membuktikan Malaysia ada pemain yang mempunyai karakter penyudah berbisa.
“Satu prestasi yang cukup baik menerusi kedua-dua perlawanan ini di mana kita dapat menjaringkan enam gol. Ini membuktikan yang kita masih lagi mempunyai sentuhan penyudah yang berbisa.
“Tapi pada masa yang sama, kita tak boleh mengambil ia sebagai satu kepuasan di mana kita perlu bergerak lebih jauh daripada ini. Selepas ini, kita akan menghadapi Piala Suzuki AFF 2016 dan seterusnya peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2019.” Kata Datuk Ong Kim Swee.
Malaysia akan mengharungi tiga aksi persahabatan pada pertengahan Jun dimana Harimau Malaysia akan bertemu Papua New Guinea pada 17 Jun, New Caledonia, 22 Jun dan Fiji pada 26 jun.
Matlamat Datuk Ong Kim Swee pastinya mahu menilai kemampuan pemain disetiap posisi selain membentuk formula terbaik untuk mengharungi kejohanan kejohanan yang akan datang.