Persiapan menjelang Pusingan Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, Thailand tampak meresahkan pengendali skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.
Kekalahan 0-1 kepada skuad bawah 22 tahun China baru baru ini jelas memperlihatkan kelemahan mentality pemain khususnya ketika ketinggalan diawal permainan.
Ianya sesuatu yang dianggap sebagai kelemahan yang perlu diatasi oleh pemain dan menuntut fokus bukan sahaja dating ketika berada di gelanggang.
âKita perlu kekal fokus bukan apabila wisel ditiup, tetapi apabila kita keluar daripada bilik persalinan. Kita harus tentang tugas dan konsentrasi diawal permainan adalah penting.
âApabila kita gagal mendapatkan gol penyamaan, kita selalu berada dalam keadaan tertekan. Jadi saya harap selepas ini tiada lagi perkara yang sama berlaku dimana kita ingin menumpukan corak permainan yang lebih baik, jika tidak ditembusi oleh pihak lawan,âkata Kim Swee.
Mengulas tentang barisan kemungkinan yang akan diturunkan kelak ketika menentang  skuad simpanan Guangzhou R&F esok Kim Swee menjelaskan akan merombak hampir separuh kesebelasan utama.
âSeperti yang kita tahu, ramai pemain yang belum berpeluang untuk bermain dan esok kemungkinan saya akan tukar kesebelasan utama bagi mengenalpasti lagi beberapa pemain untuk diketengahkan dan melihat prestasi mereka di peringkat yang lebih tinggi,âkatanya lagi.
Meskipun berian dengan pasukan simpanan, Kim Swee tetap optimis, saingan sengit akan diberikan oleh Guangzhou R&F dan Guangzhou Evergrande kelak kerana saingan liga China tidak kurang kompetitif dan pemain pemain perlu memberikan yang terbaik.
Apa yang penting, selain memberi fokus terhadap taktikal yang diberikan Kim Swee juga mahu pemain pemain mempunyai sikap mahukan kemenangan serta memastikan peningkatan dalam prestasi semasa pemain dari satu perlawanan ke satu perlawanan sepanjang di China. – OLEH KU MOHD LUFTI