Meskipun beraksi hambar di Kejohanan Golf Jelajah PGA CIMB Classic 2017, namun pemain kelahiran Korea Selatan, Kim Whee mendapat durian runtuh di pusingan ketiga hari ini.
Beliau melakukan pukulan selubang (hole in one) di lubang ke 15, sekaligus membawa pulang kereta BMW 740LE Hybrid.
Jarak tee box lubang ke 15 adalah sejauh 182 meter.
Hari ketiga, Kim Whee mencatat 71 pukulan 1 dibawah par untuk berada di kedudukan ke 52 dengan catatan terkumpul, 214 pukulan dua dibawah par. –Â OLEH KU MOHD LUFTIÂ