khairul-idham-pawi

Oleh Ku Mohd Lufti

Aksi memberansangkan dipamer pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi apabila menamatkan sesi latihan bebas kedua di tempat ketiga selepas melakar masa 2 minit 27.670 saat di Litar Antarabangsa Sepang.

Beliau hanya dipisahkan 1.180 saat di belakang pelumba Itali Francesco Bagnaia dari pasukan Pull & Bear Aspar Mahindra Team yang mencatat masa paling pantas, 2:  minit 26.490 saat untuk menghuni tangga teratas.

Pelumba Sepanyol Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia 0,0 kedua terpantas dengan masa 2 minit 26.914 saat.

Khairul ternyata selesa dengan permukaan trek baru di Litar Antarabangsa Sepang dan memberi bayangan untuk memburu podium dilaman sendiri hujung minggu ini.

Sementara itu, dua lagi pelumba negara iaitu Adam Norrodin daripada pasukan Drive M7 SIC Racing Team dan Hafiq Azmi yang mewakili pasukan Peugeot MC Saxoprint masing-masing sekadar berada di kedudukan 13 dan 26 dengan catatan masa 2:28.861s dan 2:30.352s.

Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia bermula dari Jumaat sehingga 30 Okt di SIC, Sepang.

- Advertisement -