KIRAAN detik 100 hari menjelang Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 – KL2017) disambut dengan meriah hari ini, 9 Mei 2017di KL Sentral dengan beberapa penajaan baru dan pelancaran pelbagai acara unik demi menarik penglibatan orang ramai.

Majlis tersebutdianjurkan oleh Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017 dalam menyemarakkan sambutan 100 hari ke temasya sukan dwi tahunan tersebut yang akan berlangsung pada Ogos dan September nanti.

Turut hadir pada acara tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Lokman Hakim bin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Dato’ Seri Zolkples Embong. Majlis tersebut juga dihadiri oleh pihak penaja, iaituPresiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz; Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Tan Sri Mohamad Salem Fateh Din dan Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Berhad, Encik Lim Yew Hoe.

Antara acara baru yang dilancarkan oleh YB Brig. Jen. Khairy adalah gimik khas berbentuk aktiviti menyahut cabaran tertentu oleh kumpulan terpilih yang kemudiannya divideokan dan dimuat naik ke semua aset media KL2017. Ia akan bermula sempena kiraan 100 hari menjelang Sukan Asia Tenggara; dan kemudiannya diteruskan pada setiap selang 10 hari sehinggalah 9 Ogos; di mana selepas itu, gimik tersebut dilakukan secara harian sehingga menjelang Sukan SEA pada 19 Ogos nanti. Padamajlis hari ini, MASOC telah menayangkan video kakitangannyaketika membuat pelbagai jenis aktiviti senaman sebanyak 100 kali sebagai simbolik kiraan 100 hari menjelang KL2017.

Selain itu, YB Brig. Jen. Khairy juga turut melancarkan satu lagi inisiatif MASOC untuk menarik penglibatan lebih ramai orang (crowdsourcing)untuk KL2017 bagi mencipta lirik lagu tema KL2017 yang bakal digubah oleh komposer terkenal Datuk Ramli MS dan akan dinyanyikanoleh penyanyi popular Malaysia, Dayang Nurfaizah. Inisiatif ini mengajak orang ramai menyumbang idea dalam pelbagai bentuk melalui media sosial dengan hashtag #laguKL2017. Idea yang dikemukakan ini kemudiannya dipilih mengikut kesesuaiannya menjadi sebahagian daripada lirik lagu tema temasya sukan ini.

Dua penaja baru juga diperkenalkan hari ini, iaitu Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Prasarana Malaysia Berhad.

MRCB telah menaja lokasi pada hari ini, iaitu KL Sentral, hab transit terbesar Malaysia. MRCB juga akan menaja ambient media installation, di mana  promosi  yang bakal menyemarakkan lagi bahang KL2017 akan diletakkan di stesen tersebut sepanjang tempoh temasya sukan berlangsung.

Prasarana pula telah menyediakan bas dua tingkat yang membawa YB Brig. Jen. Khairy, 10 orang atlet Sukan SEA, 10 orang atlet Sukan Para ASEAN serta 100 orang sukarelawan ‘Wau Factor’ dari Stesen LRT Bangsar ke KL Sentral pada pagi tersebut dalam satu gimik unik.

Prasarana juga akan dikenali sebagai ‘Rakan Rasmi Penyedia Pengangkutan Awam (Official Public Transport Service Provider)’ bagi temasya sukan ini.Syarikat tersebut akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma kepada para sukarelawan KL2017 serta pihak media sepanjang tempoh temasya berlangsung Ini juga adalah sebahagian daripada sumbangan Prasarana dalam menyokong inisiatif Green GamesKL2017 untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang mampu mengurangkan kesan karbon jika dibandingkan dengan penggunaan kenderaan persendirian untuk ke sukan ini.

Penajaan ini juga merangkumi balutan 50 bas di sekitar Lembah Klang dengan bahan promosi KL2017. Prasarana juga akan menambah masa perkhidmatan sepanjang temasya berlangsung bagi memudahkan perjalanan orang ramai untuk hadir ke lokasi pertandingan.

Selain daripada itu, Penaja Perak KL2017, 100PLUS turut hadir untukmemperkenalkan minuman isotonik tanpa gas, 100PLUS Active yang dikeluarkan khas sempena penganjuran temasya sukan ini.

Berucap di majlis tersebut, YB Brig. Jen. Khairy menyebut, “Kita telah melalui perjalanan yang panjang sebelum tiba pada hari ini, iaitu pada hari ke-100 sebelum tibanya KL2017. 100 hari yang tinggal ini adalah terlalu singkat tetapi pada masa yang sama inilah masa yang terbaik untuk kita semua bersatu tenaga, bangkit bersama untuk  memberikan sokongan kepada KL2017.”

“Saya juga yakin pasukan di MASOC sedang bertungkus lumus untuk memastikan semua persiapan yang dirancang berjalan dengan lancar. Berbekalkan semangat dan sokongan yang ada, saya percaya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN kali ini akan menjadi antara yang terbaik di dalam sejarah”, tambah beliau lagi.

KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.

100 DAYS COUNTDOWN TO THE KUALA LUMPUR 2017 BEGINS

THE Kuala Lumpur 2017 – KL2017) was celebrated today, 9 May 2017 at KL Sentral with several new sponsorships and a variety of unique events launched to attract more public participation.

The event was organised by the Malaysian Organising Committee (MASOC) KL2017 in order to enliven the celebration of the 100th day to the biennial games which will take place later in August and September.

Also present at the event were the Minister of Youth and Sports, YB Brig. Gen. KhairyJamaluddin; the Secretary General of the Ministry of Youth and Sports (KBS), Dato’ Lokman Hakim bin Ali and the Chief Executive Officer of the MASOC Secretariat of KL2017, Dato’ Seri ZolkplesEmbong. The event was also attended by the sponsors – the President cum Chief Executive Officer of Prasarana Malaysia Berhad Group, Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz; the Group Managing Director of the Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Tan Sri Mohamad Salem Fateh Din and the Chief Executive Officer of F&N Holdings Berhad, Encik Lim Yew Hoe.

Among the latest activities launched by YB Brig. Gen. Khairyis a special gimmick in the form of activities carried out by selected groups in response to certain challenges which will be recorded and uploaded onto all KL2017 media assets. It will commence with the 100th day countdown leading to the Southeast Asia Gamesand will continue every10 days until 9 August 2017, afterwhich, the gimmick will continue on a daily basis until the opening of the SEA Games on 19 August. At today’s event, MASOC showcased a video of its staff performing various exercises for 100 times, symbolic of the 100th day to the KL2017.

Besides that, YB Brig. Gen. Khairy also launched another initiative by MASOC to attract participation from the public (crowdsourcing) to craft the lyrics for the KL2017 theme song which will be composed by well-known Malaysian composer Datuk Ramli MS and sung bythe popular Malaysian singer, DayangNurfaizah. This initiative invites members of the public to contribute ideas in any form through social media with the hashtag #KL2017.  Submitted ideas will then be chosen according to its suitability to be included in the lyrics for the Games’ theme song.

At today’s event, announcement was also made of another two new sponsors of the Games, which are Malaysian Resources Corporation (MRCB) and Prasarana Malaysia Berhad.

MRCB sponsored the location of today’s event, KL Sentralwhich is the largest transit hub in Malaysia. The company will also sponsor ambient media installation at the station throughout the Games to further promote and fuel the spirit of KL2017.

Meanwhile, in a unique gimmick this morning, Prasarana provided the double decker bus which transported YB Brig. Gen. Khairy, 10 SEA Games athletes, 10 ASEAN Para Games athletes and 100 WAU Factor volunteers from the Bangsar LRT station to KL Sentral.

Prasarana will also be known as the “Official Public Transport Service Provider” for the Games. The company will provide free public transportation to all KL2017 volunteers and media personnel throughout the period of the Games. This is also part of Prasarana’s contribution to the KL2017 Green Games initiative to encourage the usage of public transportation to help reduce carbon footprint.

The sponsorship also includes the of wrapping upof 50 buses in the Klang Valley with KL2017 promotional materials. Prasarana will also extend its service hours during the Games to ease the movement of the public to the match locations.

In addition to that, the KL2017 Silver Sponsor, 100PLUS was also present to introduce its brand new non-isotonic carbonated drink, 100PLUS Active, specially produced in conjunction with the Games.

Speaking at the event, YB Brig. Gen. Khairysaid, “We have come a long way to this day, the 100th day before KL2017 officially begins. The 100 days left is too short but at the same time, this is also the best time for us to unite and join forces and rise together to show our support for KL2017.”

“I also believe that the team in MASOC is working tirelessly to ensure all preparationsproceed smoothly. With the indomitable spirit and support given, I believe this edition of the Southeast Asian Games and the ASEAN Para Games will be among the best ever in the history of the Games”, he added.

KL2017 will take place on 19th to 30th August 2017 for the 29th SEA Games and 17th to 23rd September 2017 for the 9th ASEAN Para Games.

- Advertisement -