Aksi kejohanan badminton Spain International bakal menemukan dua pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei dan S Kisona selepas kedua dua pemain mengatasi lawan masing masing di peringkat separuh akhir sebentar tadi.
Kisona yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 Manila diberi tentangan sengit di set pertama sebelum menundukkan pemain Perancis, Yaelle Hoyaux straight set 21-18, 21-10.
Beliau yang juga pilihan keempat akan berdepan satu lagi wakil negara, Goh Jin Wei yang melakar kemenangan straight set ke atas seorang lagi wakil negara, Eoon Qi Xuan 21-17, 21-11 dalam masa 26 minit.
Turut beraksi di pentas final pasangan bergu campuran negara Tee Kai Wun-Teoh Mei Xing yang menundukkan pasangan Rusia, Rodion Kargaev-Viktoriia Vorobeva juga dengan kemenangan straight set 21-17, 21-16.
Kai Wun dan Mei Xing akan menentang pilihan ketiga dari England, Callum Hemming-Jessica Pugh untuk penentuan kejuaraan.
Tee Kai Wun sekali cemerlang meraih final kali ini dalam acara bergu lelaki dimana gandingannya dengan Man Wei Chong tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan England Matthew Clare-Ethan Van Leeuwen 21-11, 21-11.
Aksi final dijadual bermula jam 2.00 petang waktu tempatan atau 8.00 malam waktu Malaysia.