AEON Credit Purple League Junior yang bermula hari ini menyaksikan Bangi City BC yang diasaskan oleh pemain badminton negara, Iskandar Zulkarnain melangkah dengan penuh bergaya pada hari pertama saingan dengan menyapu bersih Setapak BC dan Sepang BC, dan bakal bersaing dengan Klang BC dalam perlawanan akhir esok.
Bangi City BC masing-masing menang 15-0 dan 14-4 menentang Setapak dan Sepang. Dengan dua pemain yang hebat di bawah asuhannya, pemain perseorangan Iskandar menunjukkan permainan cemerlang, dengan mata kemenangan 3-0 dalam sapuan bersih. Tan Zhen Tseng, 17, menewaskan Lim Zhi Ren dari Setapak BC 11-5, 11-4, 11-5 dalam perlawanan pertama.
Dalam temu bual selepas memenangi perlawanan itu, Tan Zhen Tseng berkata, sejak ia adalah perlawanan pertama, dia terpaksa menyesuaikan diri dengan faktor cahaya dan angin pada mulanya, namun nasib baik dapat menyesuaikan dirinya dengan cepat dan berasa puas hati dengan prestasinya.
“Pihak lawan sangat agresif tetapi saya pastikan diri saya bersedia dari segi mental untuk perlawanan itu. Nasib baik perjuangan saya tidak sia-sia pada akhirnya.”
Pemain muda tersebut mula bermain ketika usia lima tahun tetapi menurutnya, dia belum dapat bersinar sehinggalah dua tahun lalu.
“Sebelum ini, saya belum menetapkan sebarang hala tuju dalam hidup saya dan dengan itu, saya tidak bermain secara agresif dalam kejohanan. Tetapi sekarang selepas mendapat keyakinan daripada perlawanan ini, saya telah memutuskan untuk bergerak ke hadapan ke arah tuju saya untuk mengekalkan momentum.”
Iskandar memuji pemain asuhnya atas usaha keras dan sikap positifnya.
“Dia matang dan telah berada di tahap transformasi dalam hidupnya di mana dia perlu memutuskan matlamatnya dalam kehidupan. Perkara yang paling penting ialah dia mahu pergi lebih jauh.”
“Kedua-dua pemain perseorangan lelaki kami merupakan pemain penyerang dan sistem 11 mata dalam kejohanan ini sangat baik untuk mereka terus kekal dalam keadaan baik dan mengekalkan stamina mereka.”
Iskandar mahu pemainnya memanfaatkan pertandingan itu dan menunjukkan prestasi baik agar bakat mereka dapat menangkap mata Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Jika pemain-pemainnya berupaya menewaskan pemain-pemain lain yang lebih berpengalaman, maka mereka dapat mendekati matlamat mereka.
Memandangkan pasukan itu dibentuk kurang setahun, Iskandar tidak mahu memberi terlalu banyak tekanan kepada pemainnya tetapi masih memikul harapan untuk mara ke perlawanan akhir di Putrajaya.
Klang Rising BC, satu lagi pasukan yang kuat dalam Kumpulan B, juga mengungguli pasukan lain, menggemparkan Sepang BC dan Kajang United BC dengan set mata 15-1 dan 15-2, dan akan bersemuka di peringkat akhir bersama Bangi City BC, di mana kedua-dua pasukan itu akan bertarung esok untuk mara ke pusingan akhir.
Sementara itu dalam Kumpulan A, selepas DSBC Labuan BC menarik diri daripada kejohanan itu akibat wabak COVID0-19, hanya empat pasukan yang bertanding untuk tempat di pusingan akhir. Seremban City BC menewaskan Setia Alam BC dan S2 All Star BC untuk sampai ke pusingan akhir dengan satu kemenangan dan hanya satu langkah jauhnya.
Perlawanan Junior tersebut dijadualkan berlangsung di empat wilayah dalam negara, dengan Port Dickson menjadi tempat kick-off kejohanan pertama. Daripada sejumlah lapan pasukan, dua pasukan teratas dalam Kumpulan A dan Kumpulan B akan bersaing merebut gelaran dalam perlawanan akhir di Putrajaya.
Keputusan
October 3, 2020, 8.30am              Â
Setia Alam BC ditewas Seremban City BC 9-11
Setapak BC ditewas Bangi City BC 0-15
Klang Rising BC menang Sepang BC 15-1
October 3, 2020, 12.00noon      Â
Klang Rising BC menang Kajang United BC 15-2
Sepang BC ditewas Bangi City BC Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â 4-14
S2 All Star BC ditewas Seremban City BC 7-11
October 3, 2020,3.30pm          Â
Setia Alam BC menang Sentul Times BCÂ 12-5
Setapak BC ditewas Kajang United BC   2-15
Group A
Pasukan | P | GW | GL | PW | PL | |
1 | Seremban City BC | 2 | 22 | 16 | 358 | 318 |
2 | Setia Alam BC | 2 | 21 | 16 | 344 | 284 |
3 | Â S2 All Star BC | 1 | 7 | 11 | 151 | 173 |
4 | Sentul Times BC | 1 | 5 | 12 | 99 | 177 |
Group B
Pasukan | P | GW | GL | PW | PL | |
1 | Klang Rising BC | 2 | 30 | 3 | 354 | 200 |
2 | Bangi City BC | 2 | 29 | 4 | 345 | 201 |
3 | Kajang United BC | 2 | 17 | 17 | 303 | 265 |
4 | Sepang BC | 2 | 5 | 29 | 206 | 350 |
5 | Setapak BC | 2 | 2 | 30 | 152 | 344 |
Â