Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) melancarkan logo baharu persatuan itu di Auditorium Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Pembaharuan selaras dengan motto persatuan iaitu âPassion, Inspiration, Spirit & Determinationâ untuk memastikan KLBA sebagai salah satu persatuan badminton negeri yang mantap serta mempertingkatkan lagi daya saing terutama menghasilkan bakat baharu yang berkualiti
Jelas Presiden KLBA, Datoâ Sri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos, logo yang diberi nafas baharu ini diharap menjadi inspirasi kepada semua ahli keluarga KLBA untuk terus melipatgandakan lagi usaha serta berintegriti dalam memikul tugas masing masing serta merangka program jangka Panjang yang lebih baik.
âSaya sedar bahawa pentadbiran dan pengorganisasian sesebuah persatuan itu juga penting bagi memastikan kelangsungan dan arah tuju sesuatu Persatuan dapat digembeling ke arah yang baik demi memberi manfaat kepada semua pihak. Oleh itu saya menyeru kepada semua ahli gabungan KLBA agar sentiasa ikhlas, amanah dan berintegriti dalam memikul tanggungjawab masing-masing.
âDengan amalan sikap dan atitud yang sebegini, saya yakin niat kita untuk memperkemas dan memperkasa program-program sedia ada mahupun inisiatif pembangunan program-program baharu akan lebih mudah dilaksanakan dan mudah untuk kita menuai hasil yang berkualiti,â kata Datoâ Sri Dr Jahaberdeen.
Dalam pada itu, Datoâ Sri Dr Jahaberdeen juga mengesahkan KLBA sedang merangka cadangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembangunan kompleks latihan yang terletak di Cheras.
Persatuan Badminton Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1980 di mana Wong Eng Kiong menerajui organisasi sehingga 1984 sebelum Datoâ Punch Gunalan mengambil alih tugas itu sehingga 2008.
Tan Sri Datoâ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria juga antara nadi KLBA dimana beliau memegang jawatan nombor satu di KLBA pada 2010 sehingga 2018 sebelum dipilih untuk memimpin kerusi badan induk badminton negara sehingga kini.
KLBA juga menjadi salah satu tunjang buat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam melahirkan bakat bakat muda yang berkualiti seperti Wong Choong Hann yang kini menggalas tugas sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM, Datuk Rashid Sidek, pemain bergu lelaki negara yangmemenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Soh Wooi Yik dan pemenang pingat emas sukan Paralimpik Tokyo 2020 bagi acara badminton kelas SU5, Cheah Liek Hou.
Turut hadir pada majlis hari ini adalah Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Zainudin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid JPWPKL, Haji Nor Adzmi Baba dan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pengurusan Murid JPWPKL, Hasniza Mohamed Salehan.