Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak akan berdiam diri dalam isu perpindahan Syazwan Andik Ishak sebaliknya akan membawa perkara itu ke pengetahuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meskipun menyedari sukar untuk keputusan menyebelahi mereka.
Menurut Setiausaha Agung KLFA, āSebelum ini kita sudah capai persetujuan menyambung kontrak dia satu musim, bukan secara lisan semata-mata tapi SMS antara KLFA dan Syazwan pun ada. Sekarang isu dia bukan mengenai kes ni cukup kuat untuk membolehkan kita menang atau tidak, tetapi ia mengenai pendirian kita. Kita tetap mahu kemukakan bantahan kerana dia tidak menghormati perjanjian.
āPada saya tunggakan gaji bukan satu isu, dia sudah diterangkan mengenai situasi yang kita hadapi, dan dia memahami. Dia janji nak tandatangan kontrak tetapi secara tiba-tiba dia bercakap tentang klausa tersebut, pada kami ini bukan tindakan dia secara berseorangan, tetapi dia dibantu pihak ketiga,ā ujar Nokman.
Minggu lalu, Syazwan membuat keputusan menamatkan kontraknya dengan Kuala Lumpur dengan alasan terdapat klausa yang menyebut bahawa kontraknya akan terbatal dengan pasukan itu seandainya gaji tidak dibayar untuk dua bulan.
Jika diikutkan, kontrak Syazwan masih berbaki sehingga November 2019.
Dalam pada itu, Nokman menjelaskan KLFA tidak akan berdepan dengan masalah tunggakan gaji sepertimana diwar-warkan sekiranya Kongres Tahunan ke-31 untuk memilih pucuk pimpinan baru persatuan itu diadakan sepertimana dirancang pada bulan November lalu.
Nokman menjelaskan persatuan itu sebenarnya tidak menghadapi sebarang masalah kewangan malah peruntukan yang mereka miliki cukup untuk menampung perbelanjaan pasukan itu bagi tempoh dua tahun.
āBoleh tanya kepada semua anggota pasukan, selama ini kita tidak pernah ada masalah dengan pembayaran gaji, lewat tu pernah tetapi tidak pernah sampai tertunggak. Hanya selepas penangguhan kongres tahunan menyebabkan banyak benda āsangkutā.
āOleh sebab itu kita tidak mahu ianya ditangguhkan begitu lama, kerana menjejaskan pelbagai perancangan kita termasuk jugalah gagal mendapat āclearanceā dari bahagian kewangan, tiada individu yang sah untuk membuat semua itu kerana kita belum membuat pemilihan exco baru.
āKita perlukan presiden yang sah untuk membuat pengeluaran duit dan bayar gaji. Buat masa ini kita tiada presiden, tiada individu untuk mengesahkan jadi selagi kongres tidak diadakan, maka tidak mungkin isu tunggakan gaji ini akan selesai dalam tempoh terdekat dan sudah tentu akan memberikan tanggapan buruk kepada kita.ā MIUHD AIMANĀ