Peminat bolasepak pastinya akan tertumpu ke bumi Korea Selatan yang memutuskan untuk menyambung liga domestik pada Jumaat.

Bukan perlawanan yang menjadi tumpuan, sebaliknya pemerhati sukan terutamanya mahu melihat bagaimana prosedur yang digunakan oleh K League melangsungkan perlawanan bolasepak dikala Covid 19 masih belum reda.

Menerusi eksperimen yang dilakukan oleh K Leagu akan memberi gambaran jelas tentang prosedur operasi standard (SOP) ketika perlawanan bolasepak berdasarkan pelan yang telah dirangka.

Secara tidak langsung sebarang kekurangan yang perlu difikirkan untuk menambah baik sekaligus memastikan perlawanan berlangsung dengan selamat.

Jarang dalam sejarah penganjuran liga yang berlangsung di Korea Selatan mendapat perhatian dan tidak mustahil syarikat penyiaran menjadi K League sebagai alternatif.

Beberapa perjanjian telahpun dimeterai melibatkan negara China dan Croatia dan beberapa perjanjian hak penyiaran masih berjalan.

Meskipun Taiwan dan Turkmenistan yang masih gagah meneruskan saingan bolasepak meskipun dunia di dalam ketakutan susulan pandemik Covid 19, K League menjadi tumpuan kerana jaguh jaguh Asia rata ratanya datang dari sini.

Korea Selatan mencatatkan penurunan kes jangkitan Covid 19 dengan 909 kes positif namun jumlah jangkitan yang direkodkan sejak pertengahan April hanya melibatkan satu digit dan tiada kes baru dilaporkan pada 4 Mei,menjadikan situasi semasa sebagai selamat.

Penganjur K LEague juga akan mendapatkan pandangan daripada pakar kesihatan untuk sebarang nasihat dan idea yang perlu difikirkan sebelum liga bermula.

Kesemua 1100 pegawai dan pemain kelab telah diuji minggu lalu dan disahkan negatif, mengukuhkan lagi K League sedia untuk disambung semula.

Jumlah perlawanan juga telah dipersetujui dimana hanya 27 perlawanan sahaja yang akan dilansungkan berbanding 38 perlawanan dan minima perlawanan yang perlu diselesaikan adalah 22 untuk menentukan kejuaraan.

Meskipun liga bakal berlangsung, namun penganjur tetap mengingatkan virus Covid 19 masih belum hiang sepenuhnya, justeru setiap perlawanan akan mengikuti prosedur yang berbeza beza.

 

 

 

- Advertisement -