Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan Korea Utara sah menarik diri daripada meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022.
Keputusan itu dibuat selepas penarikan diri negara itu dalam saingan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana enggan mengambil risiko dengan situasi semasa susulan penularan wabak Covid 19.
Korea Selatan akan menjadi tuan rumah bagi baki perlawanan kelayakan bagi zon Asia pada bulan depan melibatkan pasukan Turkmenistan, Lebanon, dan Sri Lanka.
Korea Utara berada ditangga ke keempat, berkongsi 8 mata dengan Lebanon dan Korea Selatan manakala dibezakan 1 mata dengan pendahulu semasa, Turkmenistan.