Oleh Ku Mohd Lufti
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tampak masih tidak matang dalam merancang tentang penyenaraian atlet lebuh raya ke sukan SEA 2017.
Dengan meletakkan Kejohanan Lumba Basikal Kebangsaan di Alor Setar pada 17 dan 18 September depan sebagai medan pemilihan, PKBM seakan akan mendedahkan kelemahan mereka.
Mungkin dari perspektif positif, kejohanan ini membuka ruang kepada pelumba pelumba untuk mencuba nasib bagi membuktikan mereka layak untuk disenaraikan sebagai pelumba ke Sukan SEA 2017 nanti.
Malah, Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab menegaskan dalam kenyataan media yang dikeluarkan baru baru ini, mana mana pelumba yang tidak menyertai kejohanan itu tidak akan disenaraikan.
Samada tidak masuk akal, atau kenyataan tersebut tidak lengkap penjelasannya…hanya pengurusan PKBM sahaja yang tahu.
Realitinya, ketika tarikh itu nanti ada pelumba yang tidak akan menyertai perlumbaan itu kerana tugas mereka sebagai pelumba professional.
Antara yang bakal terlepas peluang tersebut adalah pemenang pingat emas di Sukan SEA 2015, Singapura, Mohd Harrif Salleh.
Pelumba Terengganu Cycling (TSG) ini mungkin perlu bersama pasukannya untuk menyertai Kejohanan Lumba Basikal jelajah China 1 (9 hingga 16 September) dan 2 (18 hingga 25 September).
Selain Jelajah China 1 dan 2, TSG juga akan menyenaraikan seorang lagi pelumba yang turut menyumbang pingat ketika di Sukan SEA 2015, Anuar Manan ke kejohanan lumba basikal samada Jelajah Hokkaido (1 hingga 3 September) di Jepun atau Jelajah Shymkent di Kazakhstan pada 24 September.
Mac lalu, senarai pelumba bagi program Kita Juara ditolak oleh Majlis Sukan Negara (MSN) kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.