Kedudukan Kuala Lumpur ketika ini berada dalam bahaya akan tersingkir ke Liga Premier.
Walaupun kekalahan besar kepada Perak pada Rabu lalu tidak merubah kedudukan mereka di tangga kesepuluh dan kekal berkelebihan enam mata mengatasi dua pasukan yang berada di bawah mereka iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan, skuad warga kota sebenarnya masih belum selamat.
Walaupun di atas kertas ianya dilihat sukar kedudukan mereka boleh dipintas oleh salah satu daripada dua pasukan itu, hakikat yang nyata adalah ia tidak mustahil untuk berlaku.
Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur akan bertembung sesama sendiri dalam aksi seterusnya Liga Super di Cheras pada 22 Julai ini. Jika skuad warga kota berjaya untuk mencatat sekurang-kurangnya keputusan seri, maka kedudukan mereka dalam Liga Super sudah terjamin.
Tetapi jika tewas, situasi mereka akan bertambah parah dan masing-masing perlu mengharapkan aksi terakhir untuk menjadi penentu. Ini dijangka memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan kerana pasukan itu akan berdepan Melaka United manakala Kuala Lumpur pula bertandang ke Larkin untuk bertemu juara liga, Johor Darul Takzim.
Pengendali skuad warga kota, Fabio Maciel bagaimanapun yakin pasukannya akan terselamat dan boleh menang dalam perjuangan mengelak tersingkir ini.
âKita perlu untuk sentiasa positif. Saya sebagai jurulatih tidak boleh meletakkan pemain-pemain saya dalam keadaan panik tetapi memberikan mereka keyakinan. Semua bercakap tentang situasi jika kita tewas kepada Negeri Sembilan, tetapi saya mahu mereka fikir tentang menang.
âMemang kita tahu ia akan menjadi satu aksi yang sangat penting. Negeri Sembilan akan memberikan segala yang terbaik kerana itu sahaja peluang terakhir mereka, tetapi itu tidak bermakna kita akan beri laluan mudah. Fokus kami juga adalah sama mahu menang baki dua aksi,â ujarnya. MUHD AIMANÂ