Sudah tiga minggu berlalu sejak Kuantan FA diarah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan tunggakan gaji enam pemainnya sebelum 15 Januari 2018 namun tinggal tiga hari sahaja sebelum tempoh itu berakhir, nampaknya pasukan itu masih membisu dan belum ada sebarang tindakan diambil.
Jawatankuasa Status FAM pada 22 Disember lalu mengarahkan Kuantan FA membayar sejumlah RM145,250 kepada Amirullah Abd Razab (RM36,100), Shafiq Mat Isa (RM36,000), Nur Zhafri Zaini (RM27,800), Nabilah Khan Razali (RM26,600), Fikri Abdullah (RM11,250) dan Hasmie Aziz (RM7,500).
Salah seorang pemain yang dihubungi Sports247 berkata dia pelik pasukan itu boleh dibenarkan mengambil bahagian dalam saingan Liga Premier 2018 dengan nama baru â Marcerra Kuantan FA â walhal FAM dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) sedia maklum akan tunggakan gaji yang belum diselesaikan itu.
âSetiap tahun mereka (FMLLP) tegaskan hanya pasukan yang âbersihâdari masalah gaji boleh dibenarkan ambil bahagian, tetapi saya tidak faham bagaimana Kuantan boleh lepas sedangkan semua pun tahu tentang masalah kewangan serta tunggakan gaji para pemain.
âSejak dari FAM mengarah selesaikan perkara ini sebelum 15 Januari, kami semua tidak mendapat sebarang maklumbalas, dan tiada seorangpun dipanggil pengurusan. Â Saya tidak tahu adakah kami akan mendapat berita gembira dalam tiga hari yang tinggal, ia seolah mereka buat tak tahu.
âKalaupun mereka sedang usahakan sesuatu, mereka boleh maklumkan kepada kami dari membiarkan kami tertanya-tanya. Kami cuma menuntut hak kami, ke mana lagi kami boleh bergantung harap jika badan induk dan badan pentadbir sendiri tidak tegas dengan mereka,â ujar pemain itu.
Kemelut kewangan kritikal Kuantan FA menyaksikan pasukan itu yang bermula dengan positif di awal musim 2017 mengalami kemerosotan prestasi mendadak dan menamatkan saingan liga di kedudukan kesembilan namun begitu penyerangnya, Malik Mat Ariff tetap berjaya muncul penjaring terbanyak tempatan Liga Premier dengan 15 gol.Â
Perkara ini wajib dipandang serius, dan seandainya FMLLP tidak menangani perkara ini, tidak bertegas maka tidak mustahil situasi ini akan terus berulang saban tahun dan mencemarkan imej bolasepak tempatan. – OLEH MUHAMMAD AIMAN