shapawi

Oleh Ku Mohd Lufti

Empat atlet remaja yang cemerlang di Ho Chi Minh City sah akan beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland dan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail selepas perbincangan dengan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk KArim Ibrahim, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN).

“Keempat empat atlet olehraga remaja bersetuju untuk menyertai Kejohanan Dunia IAAF di Poland yang berlangsung dari 19 hingga 24 Julai, dan mereka akan kembali untuk menyertai SUKMA yang dijadual pada 26 hingga 29 Julai,” kata Shapawi.

MSN, KOM dan ISN sedar akan risiko yang bakal dihadapi atlet ini apabila menyertai dua kejohanan dalam tempoh yang singkat, malah scenario ini adalah yang pertama kali berlaku.

Tambah Shapawi, ketiga tiga badan bertanggungjawab ini akan memastikan keperluan termasuk menyediakan jadual latihan dan persiapan yang rapi kepada empat atlet tersebut.

Antara cadangan adalah menghantar mereka ke Poland lebih awal untuk tujuan penyesuaian dengan keadaan cuaca serta jadual kembali ke tanag air bagi meyertai SUKMA.

“Kita cadangkan agar Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz mengambil bahagian dalam satu acara sahaja iaitu 100 Meter walaupun Khairul Hafiz layak untuk beraksi dalam acara 200 Meter.

“Pihak ISN akan menyediakan dua pakar sains sukan untuk membantu dalam aspek nutrisi, pemulihan, dan sebagainya sepanjang tempoh latihan sehinggalah ke SUKMA di Kuching,” katanya.

Empat atlet remaja, Badrul Hisyam Abdul Manap, Khairul Hafiz Jantan, Mohd Rizzua Haizad dan R Kirthana layak ke Kejohanan Remaja Dunia di Poland selepas melepasi had kelayakan Oktober tahun lalu.

Keempat empat atlet ini akan diiringi jurulatih masing masing, Md Poad Kassim, Isnin Mahadi dan Viktor Sonikov.

Shapawi turut mengesahkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyokong keputusan yang dibuat oleh MSN, KOM dan ISN.

- Advertisement -