Skuad bawah 23 tahun negara berdepan rintangan yang lebih getir dalam acara bolasepak di Sukan Asia, Indonesia Ogos depan.

pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini diundi dalam kumpulan E bersama sama juara edisi ke 17, Korea Selatan, Kyrgystan dan Bahrain menerima satu lagi pasukan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Undian semula melibatkan dua pasukan, UAE dan Palestin diadakan di Bukit Jalil selepas Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) dan Majlis Olimpik Asia (OCA) memutuskan untuk mengekalkan undian asal yang diadakan pada 5 Julai lalu.

Manakala Palestin diundi dalam kumpulan A bersama sama tuan rumah Indonesia, Hong Kong, Laos dan Taiwan.

Edisi 2014, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama tuan rumah, Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos.

Malaysia sekadar menamatkan saingan diperingkat kumpulan selepas menduduki tangga ketiga dengan satu kemenangan, dan dua kekalahan.

Timbul rasa tidak puas hati berhubung keputusan undian ini kerana secara asasnya, andai berlaku kesilapan dalam proses undian, kesemua keputusan undian yang telah dilakukan sebelum ini.

Dimana peranan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk campur tangan sekaligus membatalkan kesemua undian asal yang dilakukan pada awal Julai lalu kerana apa yang telah dilakukan pada hari ini seakan akan mahu memastikan tuan rumah Indonesia selesa dan selamat sekaligus mencerahkan peluang untuk ke pusingan kalah mati.

Pencapaian terbaik Malaysia di pentas Sukan Asia dalam acara bolasepak menduduki tangga ketiga pada 1962 (Indonesia) dan 1974 (Iran).

 

Kedudukan kumpulan 

A – Indonesia, Hong Kong, Laos, Taiwan, Palestin

B – Thailand, Uzbekistan, Bangladesh, Qatar

C- Iraq, China, Timor Leste, Syiria

D – Jepun, Vietnam, Pakistan, Nepal

E – Korea Selatan, Kyrgystan, Malaysia, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu

F – Korea Utara, Arab Saudi, Iran, Myanmar

 

- Advertisement -