Kelab Ragbi COBRA sekali lagi melakar sejarah dalam peristiwa perkembangan pembangunan sukan ragbi tempatan setelah mementerai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim. Kelab ragbi yang telah diasaskan sejak 1967 ini yang sememangnya di antara kelab ragbi yang aktif melakukan program pembangunan sukan ragbi di peringkat akar umbi. Pada tahun sebelumnya, COBRA juga turut telah mengadakan hubungan kerjasama dua hala bersama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam yang kini mula berkembang.
Melalui Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di UPSI ini yang akan menyalurkan maklumat kepakaran pemakanan sukan, kecederaan dan rehabilitasi sukan dan lain-lain hubung kait pembangunan kepada para atlet ragbi yang terlibat di dalam program ini. Bagi melahirkan para atlet yang berdaya saing, kolaborasi ini menjadi aspek yang penting untuk pembangunan sukan amnya dan di samping penawaran program pengajian latihan jangka pendek dan jangka panjang untuk jurulatih dan atlet.
Selain menawarkan sumber kepakaran, fakulti ini juga mempunyai prasarana yang lengkap antaranya makmal pemakanan sukan, bantu mula dan rehabilitasi kecederaan malah yang terkini adalah makmal ‘exercise and conditioning’ agar berupaya menghasilkan program program pembangunan sukan berprestasi tinggi. Kerjasama strategik ini mampu dilihat sebagai kerjasama yang pintar di mana pihak UPSI menawarkan kepakaran dan fasiliti bertaraf tinggi manakala pihak COBRA menawarkan atlet dan jurulatih berpengalaman berprestasi tinggi. Sudah pasti ianya satu perkembangan positif kepada institusi pendidikan ini untuk menarik minat para pelajar dan ahli akademik untuk melakukan kajian dalam situasi sebenar.
Antara bentuk kerjasama adalah merangkumi aspek-aspek berikut :
•  Peluang menyambung pelajaran untuk pemain ragbi
•  Berkerjasama merangka latihan untuk pasukan remaja ragbi kebangsaan bawah 19 tahun dan skuad ragbi wanita kebangsaan.
•  Berkongsi kepakaran dalam pembangunan sukan ragbi diperingkat pengurusan, jurulatih dan pemain
•  Penggunaan fasiliti bersama diantara kedua belah pihak.
•  Kerjasama lain yang dipersetujui oleh kedua dua pihak dari masa ke semasa.
Terjalinnya hubungan diantara kedua dua pihak, adalah diharapkan ia dapat memberi menafaat kepada semua ‘stakeholer’ bagi COBRA, SRAFT dan UPSI. Dalam perkembangan yang sama Squash Racquets Association Federal Territory(SRAFT) turut menandatangi Memorandum Persefahaman bagi atlet skuasy.