Oleh Ku Mohd Lufti
Rachel Arnold mengetuai senarai lapan pemain skuasy wanita Negara yang akan beraksi dalam pusingan kelayakan bermula esok.
Beliau akan berdepan cabaran pemain dari Belanda, Milou van der Heidjen dan perlawanan dijadual bermula jam 1245 tengah hari.
Vanessa Raj pula mungkin berdepan tugas sukar apabila diundi bertemu pilihan keenam dari Mexico, Samantha Teran.
Manakala seorang lagi pemain Negara, Zoe Fuu Yuk Han turut berdepan ujian getir apabila perlu mengatasi pilihan ke 15 dari Wales Deoan Saffery untuk mara ke undian utama.
Nazihah Hanis mungkin menghadapi kesukaran untuk mara apabila dijadual bertemu pilihan ke 9 , Natalie Grinham dari Belanda.
Teh Min Jie pula perlu berdepan pilihan ketiga dari Hong Kong Joey Chan sementara Andrea Lee bakal berdepan tentangan sengit pilihan ke 10 dari Jepun Misaki Kobayashi.
S Sivansangari pula akan berdepan pilihan ke 13 dari Mesir, Nadine Shahin sementara Aika Azman berdepan tugas getir, menentang pilihan ke 2 Line Hansen dari Denmark.