• LAJSM’19 akan berlangsung pada 14 September 2019 di Dataran Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

 

  • Sekali lagi memasuki Tahun ke 3 Kerajaan Negeri Terengganu memberi kepercayaan kepada Persatuan Olahraga Amator Terengganu (POAT) bagi mengelolakan acara Sukan Pelancongan bertaraf antarabangsa yang terbesar di Terengganu. Ianya merupakan salah satu usaha kerajaan negeri menjayakan Visit Beautiful Terengganu.

 

  • Terengganu terkenal dengan keindahan pantai-pantai, pulau – pulau dan tempat – tempat yang menarik untuk dikunjungi pelancong tak kira dari dalam atau luar negara. Tak kurang juga keunikan budaya yang mempesonakan pelancong.

 

  • Dalam hubungan itu, Acara ini menjadi “platform” untuk mempromosikan pelbagai keindahan dan keunikan yang ada di Negeri Terengganu dengan menggunakan tema “Vacay-Run” iaitu mempromosi pelancongan sukan “Sporst Tourism”.

 

  • Pada tahun ini masa pelepasan yang melibatkan pelbagai kategori akan dikekalkan dimana ianya akan bermula pada jam 12.01 malam dan dijangka berakhir pada jam 10 pagi.

 

  • LAJSM2019 ini menawarkan lima kategori utama iaitu 42 kilometer, 21 kilometer, 12 kilometer, 8 kilometer dan 5 kilometer atau lebih dikenali sebagai ‘Fun Run’. Hadiah berbentuk wang tunai berjumlah RM165,500.00 ditawarkan kepada peserta pada kali ini.

 

  • LAJSM’19 secara rasminya telah ditutup penyertaan pada 10 Ogos 2019. Diumumkan penyertaan pada kali ini adalah seramai 25,500 Daripada jumlah tersebut, lebih 5,000 ribu orang peserta dari luar Terengganu termasuk dari luar Negara akan berkunjung ke Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air menyertai larian ini bersama keluarga dan rakan rakan sambil bercuti di Negeri Terengganu. Selamat Datang ke Negeri Terengganu. Kita mengalu-alukan kehadiran semua selamat berkunjung ke bumi Terengganu.

 

  • Penyertaan luar Negara LAJSM 2019 adalah seramai 210 orang melibatkan Negara Kenya, Singapore, Thailand, United States, Papua New Guinea, Somalia, Yemen, Brunei, India, Bangladesh, Jordan, South Africa dan Nigeria.

 

  • Buat semua penggiat industri pelancongan Terengganu, selamat menyambut kehadiran pelancong dan pengunjung yang akan membanjiri destinasi Kuala Terengganu khususnya. Semoga segala perkhidmatan dan layanan yang terbaik dapat dijayakan seterusnya memberikan imej yang baik atas nama “Terengganu, Maju Berkat dan Sejahtera.

 

  • Kita juga mengalu-alukan semua pihak, samada pihak kerajaan, pihak swasta, Ngos’, para belia serta individu seluruh warga di Kuala Terengganu khususnya bagi sama sama menceriakan dan memeriahkan keindahan premis masing-masing serta kemeriahan sokongan terutamanya disepanjang laluan perlumbaan yang terlibat.

 

  • Keunikan dan kelainan laluan pada kali ini, LAJSM 2019 akan melalui Jambatan Angkat (Terengganu Draw Bridge) yang merupakan mercu tanda baru yang menjadi tarikan orang ramai produk pelancongan di Kuala Terengganu.

 

  • Dengan kelebihan laluan ini juga, ianya sangat memberi kebaikan kepada kawalan trafik dan keselamatan jalanraya sekitar Kuala Terengganu – Kuala Nerus. Dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Terengganu, kawalan trafik jalanraya pada tahun ini berkonsep ‘Contra Lane’ untuk memudahkan orang ramai memasuki Bandaraya Kuala Terengganu.

 

  • Profesor Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu serta pimpinan Kerajaan Negeri Terengganu akan bersama-sama memeriahkan acara yang berlangsung nanti.

 

  • Jutaan terima kasih Rakan Rakan penaja dari dalam dan luar Terengganu bersama sama memeriahkan LAJSM 2019 iaitu Ultron, 100 Plus, Perozin, Yakults, Primula Beach Hotel dan Red Bull Malaysia, Terima kasih juga buat semua agensi-agensi kerajaan yang memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang persiapan acara.
- Advertisement -