JAWATANKUASA Pengelola Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 giat berusaha menarik sokongan masyarakat bagi menyemarak kemeriahan temasya Kuala Lumpur 2017 di kalangan rakyat pelbagai lapisan menerusi acara Larian Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada awal pagi 19 Ogos ini.  

Menerusi kerjasama MASOC, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Larian Sukan SEA 2017 akan dianjurkan sebagai salah satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat Bangkit Bersama di kalangan rakyat pelbagai lapisan.  

Mengumumkan demikian pada Isnin (22 Mei 2017), Menteri Belia dan Sukan, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin berkata Larian Sukan SEA KL2017 merupakan yang pertama seumpamanya diadakan dan akan dilepaskan sejam selepas acara Maraton 42km Sukan SEA dilepaskan pada jam 6 pagi.  

MASOC menetapkan sasaran penyertaan seramai 20,000 orang yang berpeluang bukan saja merasai kemeriahan Sukan SEA KL2017, tetapi juga beraksi di laluan sebenar acara Maraton sejauh 42.1km.

“Ini selaras dengan tema Bangkit Bersama KL2017 yang bersikap inklusif yang mementingkan penyertaan masyarakat dalam temasya terbesar di rantau ini,” kata YB Brig Jen Khairy pada majlis pelancaran logo Larian Sukan SEA KL2017 di Sekretariat MASOC di Bukit Jalil.  

Pendaftaran untuk menyertai acara dibuka bermula Isnin (22 Mei) dan akan ditutup pada 30 Jun atau sehingga penyertaan mencapai angka 20,000 peserta.

Acara larian terbahagi kepada dua kategori – 15km bagi peserta 18 tahun ke atas dengan yuran pendaftaran RM60 dan 5km untuk penyertaan keluarga dengan yuran penyertaan RM50.

Peserta yang menamatkan larian juga akan diberikan pingat khas Sukan SEA dan sijil penyertaan selain pelbagai barangan lain dan insurans kemalangan peribadi.

“Yang penting ialah bagi orang ramai keluar beramai-ramai untuk berlari, bergembira dan memberi sokongan selain menunggu di garisan penamat bagi memberik sokongan kepada pelari Maraton yang bertanding,” kata YB Brig Jen Khairy.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC, Dato’ Seri Zolkples Embong dan Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo. 

Pendaftaran penyertaan boleh dilakukan menerusi laman web rasmi temasya di  https://www.kualalumpur2017.com.my/ atau hadir sendiri di pejabat Persatuan Olahraga Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan (FTKLAA) di Tingkat 2, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

MASOC TARGETS 20,000 PARTICIPANTS

THE Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017 will be organising a special run “Larian Sukan SEA KL2017” aimed at gaining public support in the run up to the Kuala Lumpur 2017 Games.

Larian Sukan SEA KL2017 (KL2017 SEA Games Run) will take place on the same day as the SEA Games 42km Marathon event on Aug 19. The official opening ceremony of the Games is scheduled on the same day, later in the evening. 

Organised jointly by MASOC, Olympic Council of Malaysia (OCM) and the Malaysia Athletics Federation (MAF), the public run will be flagged off at 7 am in front of Perbadanan Putrajaya Complex in Putrajaya, an hour after the start of the Marathon event.

Announcing details of the event on Monday (22 May 2017), Youth and Sports Minister YB Brig Gen Khairy Jamaluddin said the run is one of the many new events initiated by MASOC to promote the Games and draw support from the public to help spread the “Rising Together” spirit.

MASOC has targeted a total participation of 20,000 runners in both the 15km category for individual aged 18 and above and the 5km category for families.

“The run is non-competitive in nature..most importantly, Larian Sukan SEA KL2017 aims to invite the public to participate, support and rise together in ensuring the success of the region’s biggest sporting extravaganza,” said YB Brig Gen Khairy after launching the official logo of Larian Sukan SEA KL2017 at MASOC Secretariat in Bukit Jalil.

Registration for Larian Sukan SEA KL2017 is now open and ends on June 30 or earlier, if the organisers achieved its target of attracting 20,000 participants.

Specially designed SEA Games commemorative medals, goodies, certificates and a one-day personal insurance cover will be given to runners who complete the run.

Also present at the ceremony, MASOC Chief Executive Officer Dato’ Seri Zolkples Embong and Olympic Council of Malaysia (OCM) secretary general Datuk Low Beng Choo. 

Registration can be done via KL2017 official website at www.kualalumpur2017.com.my or walk in registrations at the Federal Territory Kuala Lumpur Athletics Association (FTKLAA) at Level 2, Wisma  OCM, Jalan hang Jebat Kuala Lumpur.  

- Advertisement -