SETELAH mengembara ke tiga buah negara, Larian Baton Bangkit Bersama kini tiba di Myanmar dalam membawa semangat perpaduan dan kekeluargaan temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017 – KL2017) ke Yangon pada 25 Mac 2017.
Yangon menjadi destinasi keempat dalam siri larian baton ini yang menjelajah ke 10 negara peserta KL2017 di Asia Tenggara. Ia dijangka bermula pada pukul 7 pagi dan akan bergerak sejauh 11 kilometer mengelilingi bandar Yangon.
Larian tersebut akan dilepaskan di Bahan Playground danberakhir di Persimpangan U Wisara dan Jalan Ahlone. Para peserta akan melintasi monumen ikonik negara tersebut seperti Shwedagon Pagoda (tempat ibadat yang bersalut emas) dan Aung San Memorial Stadium.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Yangon dengan disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Puan Haslina Binti Abdul Hamid; Ketua Pegawai Operasi, Sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) KL2017, En Shaiful Zahrin bin Subhan dan Pengerusi Jawatankuasa Larian Baton Bangkit Bersama, En Ajitpal Singh Santokh Singh.
Seperti yang disaksikan di negara lain sebelum ini, para atlet negara Myanmar juga akan turut serta menyertai larian baton ini sebagai pelari utama untuk memeriahkan lagi acara pada Sabtu nanti. Pelari jarak jauh Myanmar, Sang Naing akan menjadi pelari utama yang akan bermula di checkpoint pertama.
Myanmar akan turut menampilkan atlet para, Kyaw Kyaw Win yang berjaya memenangi pingat emas pertama negara Myanmar dalam Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura, sambil turut mencatatkan rekod terbaru bagi acara 400m T44 Lelaki. Beliau akan menjadi pelari utama yang terakhir sebelum larian baton tiba di garisan penamat.
Larian Baton Bangkit Bersama di Myanmar diteruskan daripada larian di Lao PDR yang telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Mac 2017 yang lalu.
Sebagai tanda simbolik lanjutan Larian Baton Bangkit Bersama ini, acara larian di Myanmar akan menyaksikan penyerahan baton kepada wakil negara tuan rumah yang berikutnya, Thailand.
Larian Baton Bangkit Bersama dianjurkan oleh MASOC dengan kerjasama negara-negara terlibat sebagai pra-acara kepada temasya sukan KL2017. Ia merupakan salah satu usaha mempromosikan KL2017 kepada rakyat di negara-negara peserta temasya ini di seluruh Asia Tenggara serta untuk mewujudkan kesedaran mengenai penganjuran sukan ini di kalangan penduduk serantau.
Siri larian baton telah bermula di Brunei Darussalam pada 5 Mac 2017 sebelum bergerak ke Filipina dan Lao PDR masing-masing pada 12 Mac 2017 dan 18 Mac 2017. Larian baton seterusnya di Thailand akan diadakan pada 1 April 2017.
KL2017 akan berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos 2017 bagi temasya Sukan SEA dan 17 hingga 23 September 2017 bagi Sukan Para ASEAN.
Untuk maklumat lanjut berkenaan KL2017 dan Larian Baton Bangkit Bersama, sila layari www.kualalumpur2017.com.my.
THE RISING TOGETHER BATON RUN SETS FOOT IN MYANMAR
AFTER travelling to three countries, The Rising Together Baton Run will arrive in Yangon on 25th March 2017, bringing with it the spirit of unity and togetherness of the 29th SEA Games and 9th ASEAN Para Games (Kuala Lumpur 2017 – KL2017).
Yangon marks the fourth out of ten destinations. The run is expected to start at 7am and will cover 11 kilometer route in the city of Yangon. It will be flagged off at Bahan Playground and end at the U Wisara Junction and Ahlone Road (roundabout). The runners will pass through several iconic buildings including the Shwedagon Pagoda (a gilded stupa) and Aung San Memorial Stadium.
The Deputy Minister of Youth and Sports, YB Datuk M. Saravanan will lead the Malaysian delegation to Yangon, accompanied by the Deputy Secretary General of the Ministry of Youth and Sports (KBS), Mdm Haslina binti Abdul Hamid; the Chief Operating Officer of the Malaysian Organising Committee (MASOC) KL2017, Mr Shaiful Zahrin bin Subhan and the Chairman of The Rising Together Baton Run Committee, Mr Ajitpal Singh Santokh Singh.
As seen with the previous events, national athletes will participate as the main runners to enliven the event on Saturday. Burmese long-distance runner, Mr Sang Naing will kick-start the baton run from the first checkpoint.
The baton run in Myanmar will also be joined by Burmese para athlete, Mr Kyaw Kyaw Win who won his nation’s first gold medal at the ASEAN Para Games 2015 in Singapore, setting a new Games record in the Men’s 400m T44. He will be the final runner to the finishing line.
Before Myanmar, the Rising Together Baton Run was held successfully in Lao PDR on 18 March 2017. As a symbolic gesture of the continuation of the event, the event in Myanmar will witness another baton handover to the representative of Thailand as the next host country of the run.Â
The Rising Together Baton Run is organised by MASOC with the cooperation of the participating countries as a prelude to KL2017. It is also one of the initiatives to promote KL2017 amongst participating countries as well as to create awareness of the Games within the region.
The baton run series kicked off in Brunei Darussalam on 5 March 2017 before travelling to the Philippines and Lao PDR on 12 March 2017 and 18 March 2017 respectively. The next stop will be Thailand on 1April 2017.
For more information about KL2017 and the Rising Together Baton Run, please visit www.kualalumpur2017.com.my