Musuh di padang, tetapi hubungan sebagai rakan dalam bidang yang sama tidak menghalang dua pengendali semifinal, Malaysia dan Indonesia untuk duduk semeja sambil menikmati hidangan.

Raja Azlan Shah Raja So’ib dan ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun Indonesia serta barisan kejurulatihan dan pemain pemain turut sama meluangkan masa bersama sama di menikmati makan tengah hari di Hotel Java Paragon.

Kedua dua pasukan akan beraksi di peringkat separuh akhir esok untuk menentukan siapa yang layak ke final sekaligus bakal berdepan satu lagi finalis antara Thailand dan Myanmar.

 

 

- Advertisement -