Lebih 4,500 perserta dari seluruh Vietnam mengambil bahagian dalam VnExpress Marathon Hue 2020 di Bandar Hue, Wilayah Tengah Thua Thien Hue pada 27 Disember.
Naib Pengarusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah, Nguyen Thanh Binh berkata, maraton ini dilangsungkan bertujuaan untuk mempromosi latihan fizikal dikalangan masyarakat serta memperkenalkan warisan, lanskap, persekitaran dan penduduk Thua Thien Hue secara meluas.Â
Sebanyak empat kategori dipertandingkan—5km, 10,km, 21km dan 42km yang semuanya bermula dan berakhir di Le Duan Street.
Bagi kanak-kanak, satu perlumbaan khas 1km turut dipertandingkan di Ngo Mon Square yang terletak di Nguyen Van Troi Park sebagai acara bonus dengan menarik 1,000 pelari berumur antara 6 hingga 10 tahun.
Sebanyak 96 hadiah yang bernilai hampir VND1 billion (AS$43,544) ditawarkan.
Sementara itu, hasil kutipan sebanyak VND240 juta disumbangkan kepada Yayasan akhbar atas talian VnExpress Hope Foundation bagi membantu memperbaiki pendidikan kanak-kanak miskin. – Oleh Siti Zafirah Kamal