Jurulatih skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak selesa jika pasukan bimbingannya tidak banyak diberikan publisiti dan tumpuan menjelang aksi pembuka tirai Kejuaraan AFC B-19 di Indonesia menentang Arab Saudi pada Sabtu ini.
Bagi Bojan ianya adalah satu ârahmatâ kerana ia dapat membantu barisan pemainnya untuk beraksi tanpa sebarang tekanan dan memberi fokus penuh dalam usaha melakar kejutan
âPublisiti yang melampau boleh mengganggu fokus dan menjejaskan persiapan. Dari satu sudut saya suka apabila tiada sesiapa melihat kita sebagai ancaman.
âIni akan memberi suntikan tambahan kepada pemain untuk membuktikan mereka bukan datang sekadar untuk lengkapkan jadual perlawanan,â jelas Bojan yang membimbing Malaysia melakar sejarah menjuarai Kejuaraan AFF B-19 di Indonesia pada Julai lalu.
Mengenai perlawanan menentang Arab Saudi, pengendali dari Croatia itu beranggapan pasukannya yang akan turut diperkuatkan dua pemain yang telah membantu cabaran skuad senior dalam aksi persahabatan antarabangsa Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat sudah bersedia sepenuhnya.
âKita akan cuba memberi tentangan yang sengit. Kami sudah mengharungi beberapa aksi persahabatan yang sukar termasuklah menentang Qatar dan UAE yang mana pasukan ini tidak jauh berbeza dengan Arab Saudi,â ujar Bojan.
Selain Arab Saudi, Malaysia turut diundi bersama China dan Tajikistan di kejohanan yang menawarkan tiket beraksi di Piala Dunia B-20 kepada empat semifinalis itu.
Sebagai rekod, Arab Saudi pernah muncul juara sebanyak dua kali pada 1986 dan 1992, China pernah bergelar juara sekali pada 1985 manakala Tajikistan pula diketahui mempunyai skuad peringkat umur yang cukup mantap dan kompeten malah pasukan B-16 mereka telah mencipta sensasi muncul naib juara Kejuaraan AFC B-16 pada awal bulan ini.
Skuad âharimau mudaâ seramai 23 pemain terbang ke Jakarta pada Rabu. Selepas aksi menentang Arab Saudi ia akan disusuli Tajikistan (23 Oktober) dan China pada 26 Oktober. – OLEH MUHAMMAD AIMAN