Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan untuk menaiki podium selaku juara Terbuka Malaysia 2018 selepas menundukkan pemain kelahiran Jepun, Kento Momota.
Pertemuan ketiga di Axiata Arena, Bandar Sukan Bukit Jalil, Ching Wei nyata turun dengan misi membalas dendam selepas dikecewakan di Kejohanan Badminton Asia penghujung April lalu.
Aksi sengit melibatkan kedua dua pemain dimana Kento Momota diketahui dengan ketangkasan serta kepantasan manakala Chong Wei lebih kepada corak permainan yang seringkali mengejutkan lawan.
Kedua dua pemain tidak mahu mengalah dan hanya dibezakan dengan satu mata sehingga kedudukan terikat 15 sama.
Seakan akan sudah mula memahami corak permainan Momota, Chong Wei tenang mencari ruang untuk memerangkap lawannya sebelum mengesahkan kemenangan 21-17 di set pertama.
Tunjuk ajar daripada Datuk Misbun dan Hendrawan terus menjadi pembakar semangat buat Chong Wei untuk menguasai set kedua.
Dipenghujung set kedua, Chong Wei yang juga pilihan ketujuh seakan akan leka sekaligus memberi ruang kepada Momota untuk mengikat kedudukan 18 sama.
Permainan semakin rancak ditambah sorakan penyokong yang hadir apabila kedua dua pemain terikat 20 sama.
Pengalaman menjadi pemisah yang menyaksikan bekas pemain nombor satu dunia ini muncul juara dengan kemenangan 23-21 sekaligus dinobat selaku juara. – OLEH KU MOHD LUFTI KU YAHYA
Lain lain keputusan
Perseorangan wanita
Tai Tzu Ying – He Bingjiao 22-20, 21-11
Bergu lelaki 
Takeshi Kamura/Keigo Sonoda – Hiroyuki Endo/Yuta Watanabe 21-8,21-10
Bergu wanita
Misaki Matsumoto/Ayaka Takahashi – Chen Qingchen Jiya Yifan 21-12,21-12
Bergu campuran
Zheng Siwei/Huang Yaqiong – Wang Yilyu/Huang Dongping 21-19,21-18
- Advertisement -