chen.long

Oleh Ku Mohd Lufti

Selepas mengecewakan juara bertahan, Lin Dan di peringkat separuh akhir, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan impian seorang lagi pemain tuan rumah, Chen Long untuk muncul juara dilaman sendiri.

Kejohanan yang memasuki edisi ke 36 tahun ini mengulangi aksi final ketika Terbuka Malaysia di Shah Alam.

Permainan rali panjang menjadi pilihan Chong Wei untuk memerangkap Chen Long sekaligus meraih mat demi mata sekaligus menutup set pertama dengan kemenangan 21-17.

Namun Chong Wei yang berada di ranking kedua dunia gagal mengekalkan aksi konsisten apabila banyak melakukan kesilapan.

Malah, Chen Long yang juga pemain nombor satu dunia memastikan mata demi mata diraih menerusi smash kencang untuk terus mendahului Chong Wei dari awal untuk melakar kemenangan 21-15 sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Datuk Lee Chong Wei tampak tertekan diawal set apabila lawannya dua kali mendahuluinya di awal set penentuan.

Namun juara 11 kali Terbuka Malaysia ini bangkit dengan permainan yang lebih kemas menggunakan gandingan rali panjang dan permainan jarring untuk meraih mata.

Kedudukan mata terus memihak Chong Wei sehingga penghujung permainan sekaligus menutup gelanggang bagi perseorangan lelaki dengan kemenangan 21-13 selepas bertarung selama 1 jam 22 minit.

Ini adalah kemenangan kedua Datuk Lee Chong Wei selepas pertama kali melakukannya pada 2006 di mana Malaysia menjadi tuan rumah ketika itu.

- Advertisement -