Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei diberi kepercayaan untuk mengetuai senarai 10 pemain ke Kunshan, China untuk mengharungi Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Uber 2016 yang akan bermula dari 15 hingga 22 Mei depan.
Selain Datuk Lee Chong Wei turut disenaraikan bagi skuad Piala Thomas adalah Iskandar Zulkarnain, Chong Wei Feng, Goh Soon Huat, Tan Wee Kiong, Goh V Shem, Teo ee Yi dan Ong Yew Sin.
Melengkapkan senarai bagi skuad Piala Thomas bergu professional negara, Koo Kean Keat, dan Tan Boon Heong.
Manakala bagi skuad Piala Uber, Goh Liu Ying akan menggalas tugas selaku kapten pasukan Malaysia.
Sembilan lagi pemain yang disenarai adalah Tee Jing Yee, Goh Jin Wei, Ho Yen Mei, Sonia Cheah, Vivian Hoo Kah Mun, Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan, Lee Meng Yean, dan Amelia Anscelly.
Senarai pemain bagi skuad Piala Thomas dan Piala Uber diumumkan pemangku presiden Persatuan Badminton Malaysia, BAM, Tan Sri Mohd Al Amin Abd Majid di Bukit Kiara.
Jelas Al Amin, pemilihan dibuat selepas mesyuarat Exco BAM dan mesyuarat kejurulatihan dan latihan hari ini.
“Fokus utama kita adalah sukan Olimpik, tetapi kita mengharapkan pemain pemain menunjukkan tahap permainan yang terbaik kerana mereka mampunyai pengalaman.”
Malah kita harap mereka mampu menyamai pencapaian seperti yang dilakukan seperti 2014. Setidak tidaknya kita harap mereka mampu melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir,” kata Al Amin.
Pada 2014, Malaysia muncul naib juara dalam saingan Piala Thomas selepas tewas 2-3 kepada Jepun di New Delhi, India.
BAM turut mengesahkan pengurus bagi Piala Thomas adalah Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria.
“Hari ini keta mengumumkan senarai nama pemain pemain, kita akan maklumkan kepada pemain mereka ditawarkan untuk mewakili Malaysia. Ini adalah tugas negara dan harapnya mereka menerima tawaran ini.” Kata Datuk Seri Norza Zakaria.
Manakala Datuk William Toh Ah Wah pula dipilih sebagai pengurus pasukan bagi Piala Uber.