Jaguh perseorangan negara yang juga duta minuman isotonik nombor satu negara 100PLUS, Lee Zii Jia membuktikan beliau sudah bangkit dari mempi ngeri di Bangkok, Thailand apabila muncul juara All England dalam aksi perseorangan lelaki.
Turun dengan status pilihan keenam, Zii Jia sudah menjangkakan saingan sengit bakal diberikan Axelsen.
Pertemuan hari ini ibarat ulangan kedua dua pemain di All England 2020 di peringkat separuh akhir, namun kali ini Zii Jia dan Axelsen berentap untuk menentukan kejuaraan.
Hanya beberapa kali sahaja Zii Jia menjarakkan dua mata dengan Axelsen tatkala masing haya dibezakan satu mata dan perlawanan berlanjutan sehingga 29 sama.
Peluang terhidang dimanfaatkan Lee Zii Jia untuk memastikan kemenangan memihaknya dengan 30-29 di set pertama.
Zii Jia yang menduduki ranking ke 9 duia terus mendominasi set kedua dan mendominasi 18-14 pada satu ketika.
Namun kealpaan memberi ruang kepada Axelsen untuk memintas sekaligus menang 22-20 sekaligus memaksa pemenang ditentukan ke set penentuan.
Axelsen yang semakin kepenatan terus melakukan kesilapan demi kesilapan sekaligus memberikan kemenangan 21-9 untuk Zii Jia bergelar juara dalam acara perseorangan lelaki.
Kemenangan ini sekaligus menamatkan penantian 4 tahun selepas kali terakhir juara pada 2017 oleh Datuk Lee Chong Wei dan Zii Jia menjadi pemain ke 6 negara yang memenangi kejuaraan ini.
Detik manis atlet kelahiran Kedah ini bermula apabila beliau menundukkan pilihan pertama dari Jepun, Kento Momota di peringkat suku akhir.