Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan mahu pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia untuk bangkit dengan lebih kuat di BWF Final Jelajah Dunia yang akan bermula esok.

Jelas Hendrawan, selain memberi fokus kepada taktik dan strategi, Zii Jia juga perlu menguatkan mental.

Dua kejohanan Terbuka Thailand yang berlangsung dua minggu lalu tampak tidak memihak kepada Lee Zii Jia.

KOMEN HENDRAWAN TENTANG PERSIAPAN LEE ZII JIA

Aksi Yonex Terbuka Thailand, Lee Zii Jia hanya mara sehingga peringkat suku akhir selepas tewas kepada pilihan kedua dari Taiwan, Chou Tien Chen.

Toyota Terbuka Thailand tampak lebih malang apabila tersingkir di pusingan pertama selepas kecundang di tangan wakil India, Sameer Verma.

Zii Jia diundi dalam kumpulan A bersama Viktor Axelsen, Chou Tien Chien, dan Anthony Ginting. 

Manakala Anders Antonsen, Wang Tzu Wei,K Srikanth dan Angus Ng Ka Long diundi dalam kumpulan B.

Bergu lelaki, gandingan profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii berada di dalam kumpulan A bersama sama juara berganda Terbuka Thailand, Lee Yang-Wang Chi Lin (Taiwan) serta dua bergu dari England, Ben Lane-Sean Vendy dan Marcus Ellis-Chris Langridge.

Sementara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula diundi dalam kumpulan B bersama sama gandingan Indonesia Mohd Ahsan-Hendra Setiawan, Vladmir Ivanov-Ivan Sozonov (Rusia) dan Choi Soi Gyu-Seo Sung Jae.

Aksi bergu wanita pula menyaksikan dua waki negara, Vivian Hoo-Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean diundi dalam kumpulan A bersama sama Greysia Polii-Apriani Rahayu (Indonesia) dan Lee So Hee-Shin Seung Chan dari Korea Selatan.

Wakil tunggal negara dalam bergu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula berada di dalam kumpulan B bersama sama Mark Lamsfuss-Isebell Herttrich dari Jerman, Thom Giquel-Dephine Delrue (Perancis) dan wakil Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja.

Jurulatih bergu campuran Paulu Firman meletakkan sasaran separuh akhir kepada Soon Huat dan Shevon Lai meskipun sedar laluan yang bakal ditempuh bukan mudah.

 “Untuk beberapa hari ini saya memberi tumpuan untuk meningkatkan komunikasi diantara mereka dan mencari solusi yang terbaik ketika di gelanggang serta mengukuhkan lagi aspek pertahanan,”kata Paulus.

- Advertisement -