Bekas penjaga gol kebangsaan Jerman, Jens Lehmann akan mengambil alih posisi Jurgen Klinsmann sebagai ahli penasihat kelab Bundesliga Herta Berlin.
Pengumuman itu dibuat pada Ahad selepas konsultan sukan kelab itu turut melantik Marc Kosicke sebagai ahli penasihat kelab itu.
Klien Marc Kosicke antaranya Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan jurulatih Leipzig, Julian Nagelsmann.
Klinsmann bagaimanapun mahu meneruskan kedudukannya sebagai ahli lembaga selepas melepaskan jawatan sebagai jurulatih Herta Berlin pada Februari.
Namun, Lars Windhorst yang merupakan pelabur di kelab itu melibatkan dana USD 250 juta pada tahun lalu tidak berkenan dengan cara ‘pemergian’ Klinsmann sekaligus mengeruhkan hubungan kedua dua pihak.
Windhorst mengharapkan kehadiran Lehmann akan memberi impak positif kepada kelab dan beliau bersedia untuk bekerjasama.
Selepas Klinsmann melepaskan jawatan sebagai tanda protes tidak diberi kuasa mutlak untuk mengendalikan kelab itu, keadaan Herta Berlin terumbang ambing dibawah kendalian Alexander Nouri sebelum digantikan dengan Bruno Labbadia yang menjadi jurulatih keempat untuk musim ini.
Pasukan kini berada di sebuah hotel untuk proses kuarantin dan berulang alik ke pusat latihan menggunakan bas untuk sesi latihan.