Leong Jun Hao selangkah untuk memburu gelaran kedua di kejohanan badminton Jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Selepas muncul juara Divisyen 2, Jun Hao mengesahkan status sebagai juara bagi perseorangan lelaki selepas menang ke atas seterunya yang juga naib juara Divisyen 2, Lim Chong King dengan kemenangan straight set 21-13, 21-16 dalam masa 37 minit.

ā€œSaya hanya fikir untuk mencari mata demi mata dalam perlawanan dan tidak fikirkan kemenangan.

ā€œKetiadaan Lee Zii Jia, Soong Joo Vend an Liew Daren, ia membuka peluang kepada saya untuk mencapai kemenangan,ā€ kata Jun Hao.

Lawan Jun Hao di pentas final pada Ahad adalah Ng Tze Yong yang menundukkan Aidil Soleh Ali Sadikin juga dengan keputusan straight set 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.

Kemenangan ini sekaligus meletakkan Tze Yong dikedudukan kedua kumpulan berkongsi tiga mata dengan Jun Hao.

ā€œSaya terlalu mahukan kemenangan sehingga memberi tekanan ketika dipenghujung perlawanan tetapi saya berjaya mengawal perlawanan dan dia (Aidil Sodikin) banyak melakukan kesilapan mudah.

ā€œJurulatih juga berpuas hati dengan prestasi saya kerana berjaya mengawal perlawanan dan tekanan dengan baik,ā€ kata Tze Yong.

RESULTS

MENā€™S SINGLES

Ng Tze Yong – Aidil Soleh Ali Sadikin (21-19, 21-18)

Leong Jun Hao – Lim Chong King (21-13, 21-16)

- Advertisement -