kedah-selangor

Oleh Muhammad Aiman

Saingan Liga Malaysia 2017 akan mengekalkan format sama seperti mana musim lalu, dengan penambahbaikan dari segi tempoh rehat antara dua perlawanan agar jadual tidak terlalu padat. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, keputusan itu dbuat berdasarkan persetujuan semua pasukan menerusi sesi perbincangan khas Liga-M 2017, pada Rabu.

“Kita akan mengekalkan format sama, saingan Piala Malaysia akan berlangsung serentak dengan Liga Super dan Liga Perdana. Ia akan bermula pada bulan Ogos dan perlawanan akhir kita jangka pada 28 Oktober.  

“Dari segi penjadualan kita telah cuba untuk pastikan setiap perlawanan kita ada sedikit gap. Namun, disebabkan penganjuran Sukan Sea pada bulan Ogos liga akan berehat selama tiga minggu. Jadi bulan Julai jadual agak padat, sebab kita rugi masa di bulan Ogos,” jelasnya.

Untuk rekod, FMLLP menerima kecaman hebat dan rungutan yang pelbagai berhubung penjadualan saingan Liga-M yang agak padat malah dilabel tidak masuk akal oleh segelintir jurulatih pada musim lalu. 

Dalam pada itu, Kevin mengesahkan musim baru Liga-M 2017 akan bermula pada 20 Januari depan dengan juara Liga Super, JDT dan Kedah selaku juara Piala Malaysia 2016 akan berentap di Stadium Larkin dalam aksi pembuka tirai, merebut Piala Sumbangsih.

“Kita akan langsungkan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT bertemu Kedah dan Liga Perdana pada 20 Januari sebagai permulaan musim 2017, selebihnya perlawanan (pertama) Liga Super melibatkan pasukan lain berlangsung pada 21 Januari.”

Untuk rekod, saingan musim lalu menyaksikan JDT melakar sejarah muncul juara Liga Super buat tiga musim berturut-turut dan lebih menarik tanpa tewas dan mereka juga menjulang Piala FA dengan menewaskan PKNS Selangor.  

- Advertisement -