Naib Pengerusi percaya kewujudan liga M4 mampu menjadi satu platfom untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di sekitar Kemaman bagi diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
Fadhil secara peribadi begitu tertarik dengan konsep yang diperkenalkan oleh Malaysian Football League (MFL) di mana ia memberi fokus kepada usaha menaikkan lagi komuniti bola sepak tempatan bergiat secara profesional.
Biarpun pernah muncul juara Piala Terengganu Amateur League (TAL) edisi 2017, kelab baru itu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk muncul juara dalam liga M4 kerana sasaran mereka adalah untuk mengasah bakat-bakat baharu.
Namun Fadhil mengakui bahawa Real Chukai FC mempunyai pakej yang lengkap untuk bertanding dalam liga M4 dan mereka mempunyai pemain yang telah diasah bakatnya di sekitar Kemaman serta jurulatih-jurulatih yang memiliki sijil kelayakan.
âLiga M4 ini adalah platfom untuk mencungkil dan mempamerkan bakat baharu terutamanya di sekitar Kemaman malah kita juga telah menghasilkan beberapa pemain yang berkualiti sehingga ada yang mewakili Malaysia iaitu Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid dan Muhd Azam Azmi Murad,â katanya.
Sementara itu, Fadhil juga menegaskan bahawa kewangan merupakan salah satu cabaran yang besar kepada pasukan-pasukan komuniti ini untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
Namun, Real Chukai FC tetap bekerja keras untuk mengukuhkan kewangan pasukan dengan berusaha membawa masuk beberapa tajaan yang kini dalam proses perbincangan.
âKewangan sememangnya menjadi salah satu halangan yang besar untuk pasukan-pasukan komuniti ini untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
âNamun setakat ini Real Chukai FC ada mendapat beberapa tajaan malah masih terbuka untuk mana-mana pihak yang ingin menaja,â katanya.