Suasana saingan bolasepak Ligue 1 di Perancis bakal kembali rancak dengan kehadiran penonton sebaik liga itu disambung semula pada 11 Julai depan.
Kerajaan Perancis memberi kebenaran untuk penyokong penyokong hdir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan kegemaran masing masing.
Namun kerajaan Perancis menetapkan hanya 5 000 penonton sahaja dibenarkan untuk masuk ke stadium sebagai langkah membendung penularan wabak coronavirus.
Lebih manis, jumlah tersebut bermungkinan besar akan ditambah ketika musim baru bermula pada 22 Ogos.
Perancis tidak mencatatkan sebarang kes baru jangkitan Covid 19 pada hari ini dengan jumlah kes positif yang direkodkan berjumlah 160 093 dan 29 633 pula melibatkan kes kematian.
Ini bermakna aksi final Piala Perancis dan Piala Liga akan berlangsung dengan kehadiran penyokong dan pastinya menjadi suntikan semangat buat finalis.
Namun, segala keputusan termasuk melonggarkan sebarang undang undang akan diumum pada pertengahan Ogos.
Ia bergantung kepada keadaan semasa penularan virus Covid 19 di negara itu pada pertengahan Julai depan.
Saingan Ligue 1 Perancis ditamatkan pada 30 april lalu dengan Paris St Germain ditabal sebagai juara liga.
Ligue 1 Perancis antara lima liga utama di Eropah yang menamatkan saingan musim 2019/2020 susulan pandemik Covid 19.
Namun beberapa liga seperti EPL, La Liga di Sepanyol dan Bundesliga di Jerman memutuskan untuk meneruskan saingan liga masing masing manakala Serie A di Itali dijangka bermula pada minggu ini.
Dalam pada itu, saksikan bagaimana Coonor Moore meniru gaya pengurus pengurus pasukan EPL ketika ditemu ramah selepas perlawanan yang menjadi perhatian di saluran youtube ketika ini