Oleh Ku Mohd Lufti
Pemain nombor dua dunia, Lin Dan tidak akan memandang rendah akan lawannya meskipun pemain tersebut dari pusingan kelayakan.
Bagi Lin Dan, ranking atau kedudukan pemain dalam kejohanan bukan ukuran sebenar khususnya dalam saingan perseorangan lelaki.
“Setiap perlawanan saya perlu lakukan yan terbaik untuk menang, ranking pemain bukan lagi ukuran terutamanya dalam kategori perseorangan lelaki, kerana mana mana pemain mampu melakar kejutan,” kata Lin Dan.
Lin Dan mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Superseries Premium Terbuka Malaysia selepas menundukkan pemain muda Malaysia Chong Yee Han straight set 21-10, 21-15 dalam masa 31 minit.
Di pusingan kedua, Lin Dan akan berdepan pemain dari Thailand, Boonsak Poonsana yang menang ke atas pemain India, K Srikanth dalam pertarungan tiga set, 23-21, 9-21, 21-10.