KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 - Podium Kelas Terbuka
KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 – Podium Kelas Terbuka

Kejohanan Kebangsaan Kapcai Endurance logoLitar basah nyata bukan halangan kepada pasukan MK Possum Racing apabila para penunggangnya mempamerkan kehebatan untuk muncul juara dalam saingan Pusingan 2 Kejuaraan KBS MAM Kapcai Endurance 2015 di Litar Go Kart Sepang hari ini.

Bersaing dalam Kelas Terbuka, para pelumba pasukan MK Possum Racing Team menamatkan 92 pusingan litar berkenaan dalam pertarungan selama dua jam untuk mengatasi cabaran pasukan CPFX-PB2R, yang menduduki tempat kedua dengan catatan 89 pusingan.

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 - Podium Kelas 1
KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 – Podium Kelas 1

Kelas 3 untuk jentera di bawah 150cc diungguli oleh pasukan Prince Lubricants Racing, yang beraksi cemerlang untuk menamatkan 90 pusingan untuk menewaskan para pelumba daripada pasukan Siong Nazazuma, yang muncul naib juara selepas ketinggalan satu pusingan. Tempat ketiga dimenangi oleh Azrul Tebuan Motorsport, yang turut menamatkan 89 pusingan.

Saingan di Litar Go Kart Sepang hari ini amat mencabar para pelumba dan pasukan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sementara saingan kelas terbuka dan Kelas 3 berlangsung di litar basah, pertarungan untuk kelas 1 dan kelas 2 diadakan pada sebelah pagi dengan cuaca yang baik.

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 - Podium Kelas 2
KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 – Podium Kelas 2

Diwakili oleh para pelumba Muhammad Hanif, Muhammad Hamid dan Mohd Hafiz, pasukan Fast Run Garage 1 muncul juara Kelas 1 dengan menamatkan 105 pusingan untuk mencatat kemenangan tipis ke atas pasukan KW BGO MOTORSPORTS 1, yang turut menamatkan 105 pusingan. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan IKBN CHEMBONG TJB, yang melakukan 103 pusingan.

Pasukan KW BGO Racing Team 3, yang mencatat jumlah pusingan tertinggi sebanyak 110 lap, muncul juara kelas 2; dengan diikuti oleh pasukan MZ2 Bikes di tempat kedua dan SPG Racing Team 1 di tempat ketiga.

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 - Podium Kelas 3
KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2 – Podium Kelas 3

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Hj Salleh Ramli.

Kira-kira 3,000 peminat datang menyaksikan aksi Pusingan 2 ini.

Pusingan Ketiga Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance akan diteruskan pada 3-4 Oktober 2015 di Pekan, Pahang.

 

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2015 Pusingan 2

KBS MAM Kapcai Endurance 2015 – Pusingan Kedua
Keputusan Perlumbaan

KELAS 1
1.FAST RUN GARAGE 1 – 105 pusingan, 2:01:16
2.KW BGO MOTORSPORTS 1 – 105 pusingan, 2:01:19
3.IKBN CHEMBONG TJB – 103 pusingan, 2:01:24
4.WEST BIKEN RACING – 100 Pusingan, 2:00:35

KELAS 2
1.KW BGO RACING TEAM 3 – 110 Pusingan, 2:00:19
2.MZ2 BIKES – 108 Pusingan, 2:00:25
3.SPG RACING TEAM – 107 Pusingan, 2:01:07
4.FAST RUN GARAGE 2 – 106 Pusingan, 2:01:17

KELAS 3
1.PRINCE LUBRICANTS RACING TEAM – 90 Pusingan, 2:00:56
2.SIONG NAZAZUMA – 89 Pusingan, 2:01:30
3.AZRUL TEBUAN MOTORSPORT – 89 Pusingan, 2:01:38
4.MOTAI SPEED – 88 Pusingan, 2:01:00

KELAS TERBUKA
1.MK POSSUM RACING TEAM – 92 Pusingan, 2:00:44
2.CPFX-PB2R – 89 Pusingan, 2:01:37
3.REDSPEED MOTORSPORT KL – 89 Pusingan , 2:02:21
4.SPR RACING FATT FATT AMAT AYAM – 87 Pusingan, 2:01:03

- Advertisement -