Haiekal Akmal Zakaria on the CP130 starting grid

CP130 rookie, Mohd Haiekal Akmal Zakaria admitted he has a lot to learn racing against the ‘big boys’ and knows that only hard work will get him where he wants to be ahead of this weekend’s PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship at Teluk Intan, Perak.

The Yamalube AHM rider explained his biggest challenge at the moment is adapting to the fierce competition in the premiere class and that he is still finding his way racing onboard a Yamaha machine having spent the past three seasons competing for Honda in the intermediate CP115 category.

Despite all that, Haiekal has been doing fairly well in his rookie season to complete five out six races within the points, particularly in the past three rounds where he finished among top-10. He is currently ranked 13th overall with 28 points.

“The CP130 is a whole different ball game altogether with each and every rider riding at their limit. The margin for error is slim to none and as a newcomer I have a huge amount to learn before I can reach their level,” said Haiekal.

He went on to add, “Race craft and technical knowledge are the two key areas that I need to improve. I need to keep going in the right direction and make little steps forward all the time and if things open up during races, I want to make sure I’m ready to take full advantage.”

“At the same time, I am still adjusting my riding style to better suit the Yamaha. Once you become 100% comfortable with the bike it’s easier go quicker.”

Speaking about his targets at Teluk Intan, Haiekal commented, “We have already hit the top-10 target in the past three rounds, now the team is looking to move forward with a top-five. Given my current pace I believe it is possible but it depends on the bike and track condition.”

Givi Honda Yuzy Racing’s Mohd Zaqhwan Zaidi leads the CP130 standings with 100 points followed by Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) with 98 points and Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) 76 points.

 

HAIEKAL MASIH PERLU BELAJAR

Bukan mudah untuk beraksi dalam saingan CP130 sebagaimana yang diakui sendiri oleh pelumba rookie kelas tersebut, Mohd Haiekal Akmal Zakaria menjelang bermulanya saingan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

Pelumba Yamalube AHM itu menjelaskan dia masih perlu banyak belajar daripada pelumba-pelumba senior terutama dalam proses untuk menyesuaikan diri bersama jentera Yamaha dalam cabaran kelas perdana setelah beraksi selama tiga musim di dalam kelas CP115 bersama jentera Honda.

Meskipun masih dalam proses penyesuaian diri, sebagai pelumba rookie, Haiekal masih mampu mencatat keputusan baik apabila tidak pernah ketinggalan mengutip mata dalam lima daripada enam perlumbaan termasuk tiga kedudukan kelompok 10 pelumba terbaik sepanjang tiga pusingan lepas.

Keputusan itu meletakkan Haiekal di tangga ke-13 keseluruhan dengan 28 mata di mana Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Racing) berada di tangga teratas dengan 100 mata. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) di kedudukan kedua dengan 98 mata manakala Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamahaa-CKJ) ketiga, 76 mata.

“Perlumbaan CP130 sangat berbeza dengan perlumbaan kelas lain terutama apabila melihat semua pelumba sudah mencapai limit kemampuan mereka. Sebarang kesilapan kecil akan menghasilkan jurang perbezaan yang besar dan sebagai orang baru dalam kelas ini, masih banyak perkara yang perlu saya pelajari untuk berada pada tahap serupa dengan mereka. Ini ditambah dengan faktor perubahan daripada jentera Honda ke Yamaha,” jelas Haiekal.

Tambahnya, “Pengetahuan teknikal dan juga kemahiran saya perlu dipertingkatkan lagi. Saya perlu banyak belajar lagi daripada jurutera pasukan dan juga pelumba-pelumba lain agar dapat bergerak seiring dengan mereka. Jika ia terlaksana, saya pasti tidak menghadapi masalah untuk bergerak ke hadapan dan bersedia untuk memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba handalan lain.

“Pada masa sama, saya juga perlu menyesuaikan diri untuk mengendalikan jentera Yamaha yang digunakan pada musim ini. Masih terdapat perkara yang saya belum dapat kuasai sepenuhnya. Jika sudah serasi, sudah pasti saya dapat beraksi dengan lebih laju dan mencatat masa lebih baik.”

Mengulas terhadap perlumbaan minggu ini, Haiekal berkata, “Sasaran untuk berada di kelompok 10 terbaik sudah dicapai sepanjang tiga pusingan lepas jadi kali ini kami cuba untuk berada di kelompok lima pelumba hadapan. Bergantung kepada keadaan semasa, saya rasa ia bukan sesuatu yang mustahil unntuk dicapai namun tetap bergantung kepada keadaan cuaca dan juga jentera saya sewaktu perlumbaan nanti.”

- Advertisement -