Selepas menjuarai saingan kejohanan badminton Antarabangsa Slovenia minggu lalu, dua bergu negara, Toh Ee Wei-Choong Hon Jian dan Low Yeen Yuan-Valeree Siow meneruskan misi untuk memburu keputusan yang positif di Terbuka Austria yang akan memulakan saingan esok.
Toh Ee Wei yang bergandingan dengan Hon Jian dalam saingan bergu campuran melihat saingan kali ini lebih sukar berbanding di Slovenia.
Turun dengan status pemain bukan pilihan, Ee Wei menjelaskan beliau teruja untuk beraksi dikejohanan ini.
Jelas Ee Wei, perancangan yang ditetapkan adalah memberi tumpuan satu perlawanan demi satu perlawanan selain memperkuatkan lagi aspek fizikal.
Apa yang penting pesanan daripada jurulatih Teo Kok Siang kepada Toh Ee Wei dan Hon Jian untuk berikan sehabis baik dalam setiap perlawanan.
Toh Ee Wei-Choong Hon Jian akan memulakan saingan Terbuka Austria menentang pilihan kelapan tuan rumah, Philip Birker-Katharina Hochmeir
Dalam pada itu, pemain bergu wanita, Low Yeen Yuan juga enggan meletakkan diri dalam zon selesa susulan kemenangan yang dicapai di Slovenia.
Tempoh masa yang ada dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk melakukan persiapan sebelum perlawanan bermula.
Status juara yang dicapai di Slovenia tidak lagi menjadi perkara yang perlu difikirkan oleh Yeen Yuan kerana kini masa untuk memberi fokus terhadap persiapan untuk Terbuka Austria.
Low Yeen Yuan-Valeree Siow akan memulakan saingan menentang gandingan Hungary dan Austria, Reka Sarosi-Bianca Schiester.
Selain Ee Wei-Hon Jian dan Yeen Yuan-Valeere, turut menggalas tugas di Terbuka Austria;
Justin Hoh (perseorangan lelaki),
Siti Nurshuhaini Azman, dan Khor Jing Wen (Perseorangan wanita),
Beh Chun Meng-Goh Boon Sze, Wan Arif Wan Junaidi-Haikal Nazri, Justin Hoh-Muhd Fazriq Mohd Razif, Cheng Yee Jun-CHia Wei Jie (Bergu lelaki),
Yap Cheng Wen-Anna Cheong, Siti Nurshuhaini Azman , Cheng Su Yin-Cheng Su Hui (Bergu wanita)
Goh Boon Sze-Cheng Su Yin , Beh Chun Ming-Cheng Su Hui, Haikal Nazri-Low Yeen Yuan (Bergu campuran)