Pemain kompetitif eSport FIFA, Muhammad Luqman Haziq menepati ramalan untuk dinobatkan sebagai juara Kejohanan ePiala Malaysia 2019 selepas berjaya menewaskan Mirza Mohammad Nabil Beg Mirza Mohammad Taiyab Beg dalam aksi Grand Final yang berlangsung semalam.
Luqman yang mewakili pasukan Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah untuk menguasai keseluruhan perlawanan apabila mudah menundukkan lawan yang juga dikenali sebagai Bale mewakili pasukan Melaka dengan keputusan 2-0.
Kemenangan ini ibarat mengubati kekecewaan pemain berusia 22 tahun itu kerana berdasarkan rekod pertemuan mereka, Luqman tewas kepada Bale dalam aksi final Selangor Cyber Games 2019 (SCG), Sabtu lalu.
Namun, disebalik kemenangannya, pemain yang kini di ranking nombor 1 negara itu sebenarnya sedang bergelut dengan masalah penglihata apabila baru sahaja selesai melakukan pembedahan mata pada minggu lalu.
âKetika beraksi, memang saya terasa kurang selesa kerana keadaan mata saya yang masih belum pulih sepenuhnya dan agak kering pada waktu itu.
âJadi, saya hanya bertahan sahaja kerana sudah separuh jalan dan saya tetap fokus daripada awal untuk akhirnya menang dalam kejohanan ini.
âTerima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong termasuklah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang tidak pernah putus memberi sokongan sejak awal.
âApa yang penting, saya dapat melihat inisiatif daripada MFL yang menganjurkan ePiala Malaysia ini sudah berjaya menarik minat orang ramai dan berharap kejohanan seperti akan terus diadakan Pada tahun hadapan,â katanya.
Bale selaku naib juara menyifatkan perlawanan tersebut sukar dijangka di mana Luqman sememangnya layak untuk bergelar juara berdasarkan momentum yang ditampilkan dalam aksi Grand Final ini.
Walaubagaimanapun, dia ingin melupakan kekalahan ini dan berharap masih diberi peluang untuk terus mempertaruhkan aksi dalam kejohanan sukan elektronik akan datang yang dianjurkan oleh Malaysian Football League (MFL) termasuklah kejohanan yang berkonsepkan Piala FA pula pada tahun hadapan.
âDalam FIFA ni, kadang-kadang nasib tu main peranan juga dan saya tidak nafikan Luqman memang mengawal keseluruhan permainan untuk menang.
âNamun, selepas kejohanan ini, impian saya adalah untuk terus berpeluang menjadi sebahagian daripada pesaing untuk beraksi dalam kejohanan berkonsepkan Liga Malaysia daripada MFL pada tahun hadapan.
âSaya percaya selepas kejohanan ePiala Malaysia ini, mesti ramai lagi pemain-pemain FIFA yang lain ingin turut serta dan ia pastinya akan menjadi kejohanan yang akan mendapat perhatian meluasa daripada industri sukan elektronikâ, katanya.
Luqman berjaya membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 dan Bale selaku naib juara akan menerima sebanyak RM3,000 manakala tempat ketiga dan keempat yang dimenangi oleh Ahmad Shahrin Shaharudin mewakili pasukan Kedah dan Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa dari Selangor akan membawa pulang sebanyak RM1,000.
Majlis penyampaian hadiah dan trofi akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada esok bersempena perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Taâzim (JDT).