Hari pembukaan kejohanan golf Sime Darby LPGA 2017 menyaksikan penguasaan pemain New Zealand Lydia Ko yang mngungguli hari pertama I Kelab Golf TPC Kuala Lumpur di Bukit Kiara hari ini.
Pemain kelahiran Korea Selatan yang mendapat kerakyatan New Zealand ini membenam 64 pukulan 7 di bawah par untuk menduduki carta teratas berseorangan.
Lydia membenam birdie di lubang pertama sebelum menambah tiga lagi secara berturut turut di lubang 6,7, dan 8 untyuk selesa mendahului 4 dibawah par pada satu ketika.
Aksi konsistennya dibawah cuaca yang mendung menyaksikan pemain berusia 20 tahun ini menambah 3 lagi birdie di Sembilan lubang terakhir untuk catatan 7 dibawah par.
“Permainan yang baik hari ini dan saya gembira dengan catatan 64. Bagi saya, segalanya bergantung kepada keyakinan dan momentum dan keputusan yang betul,”kata Lydia Ko.
Mengekori Lydia Ko adalah seorang lagi pemain kelahirna Korea Selatan, Su Oh yang menutup hari pertama dengan 65 pukulan 6 dibawah par.
Hari pertama tampak tidak menjadi buat pemain yang mendapat kerakyatan Australia ini apabila memulakan saingan dilubang ke 10 tampak cemerlang diawal saingan.
Momentum positif membenam lima birdie yang dilakar di sembilan lubang pertama bagaimanapun gagal dikekalkan apabila Su Oh membenam double bogey dilubang pertama dan bogey di lubang 6.
Meskipun berjaya mencatat 4 birdie, namun ia masih belum mampu untuk memintas Lydia Ko sekaligus akur di tangga kedua, ketinggalan 1 pukulan dibelakang pendahulu.
“Tiada sasaran yang tinggi, hanya bermain seperti biasa. Saya bermula awal dan keadaan agak gelap ketika itu dan tidak memanaskan badan dengan baik.
“Saya bertuah kerana berjaya selesaikan permainan sebelum cuaca buruk melanda,”kata Su Oh.
Tiga pemain, Eun Hee Ji (Korea Selatan), Madelene Sagstorm (Sweeden) termasuk juara bertahan Shanshan Feng berkongsi kedudukan di tangga ketiga selepas menamatkan pusingan pertama dengan catatan 66 pukulan 5 dibawah par.OLEH KU MOHD LUFTI
Kedudukan pemain – Pusingan Pertama
Lydia Ko 64 -7
Su Oh 65 – 6
Eun Hee Ji 66 – 5
Shanshan Feng 66 – 5
Madelene Sagstorm 66 – 5
Suzann Pettersen 67 – 4
Candie Kung 67 – 4
Jacqui Concolino 68 – 3
Nelly Korda 68 – 3
Moriya Jutanurgan 68 – 3