Lebih 80% rakyat Jepun menolak penganjuran Sukan Olimpik 2020 yang ditangguhkan ke tahun ini akibat penularan Covid-19.
Satu tinjauan baru dilakukan kurang 10 minggu dari pengajuran Sukan berprestij itu, setelah Jepun kini memperluaskan keadaan darurat negara Matahari Terbit memerangi gelombang keempat Covid-19 pada Jumaat.
Tinjauan hujung minggu oleh Asahi Shimbun mendapati 43% responden mahu penganjuran Olimpik 2020 dibatalkan manakala 40% mahu ia terus ditangguhkan.
Angka tersebut meningkat daripada 35% yang menyokong pembatalan manakala 34% mahukan penangguhan dalam tinjauan oleh akhbar tersebut sebulan lalu.
Hanya 14% yang menyokong untuk penganjuran sukan itu seperti yang dijadualkan—angka turun daripada 28%—menurut 1,527 balasan yang diterima menerusi 3,191 pangilan telefon untuk tinjauan tersebut.
Sekiranya temasya itu dianjurkan, 59% responden mahu temasya itu berlangsung tanpa penonton dengan 33% menyokong akan berlaku penurunan sokongan peminat, manakala 3% mahukan temasya itu berlangsung dalam kapasiti biasa.
Sudah berbulan majoriti rakyat Jepun menentang penganjuran sukan berprestij musim panas itu.
Dalam tinjauan berbeza oleh Kyodo News pada Ahad menunjukkan 59.7% menyokong pembatalan temasya itu, namun penangguhan selanjutnya tidak tersenarai sebagai pilihan.
Pengajur Sukan Olimpik memberi jaminan memastikan sukan itu berlangsung dalam keadaan yang selamat dengan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang ketat temasuk ujian atlet secara berkala serta larangan kehadiran peminat dari luar negara.
Tetapi, tinjauan Kyodo mendapati 87.7% responden bimbang akan kemasukan atlet serta pegawai dan kakitangan dari luar negara yang berkemungkinan menyebabkan penyebaran virus berlaku.
Ditanya mengenai tinjauan tersebut, jurucakap kerajaan pemerintah Katsunobu Kato mengatakan kerajaan akan berusaha agar rakyat Jepun memahami bahawa Sukan Olimpik di Tokyo akan diadakan dengan cara yang aman dan terjamin.
Beliau turut menegaskan bahawa pengajuran sukan ini tidak akan memberi tekanan lanjut kepada perkhidmatan kesihatan yang gian kali memberi amaran tentang kekurang serta keletihan yang dialami oleh petugas perubatan.
Penularan Covid-19 di Jepun masih kecil daripada kebanyakan negara dengan jumlah kematian kurang daripada 11,500 setakat ini. Namun, kerajaan mendapat tekanan dalam usaha vaksinasi yang lembab.
Tinjauan Kyodo turut mendapati 85% responden menganggap kelembaban usaha vaksinasi oleh kerajaan dengan 71.5% tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan menangani wabak tersebut. – Oleh Siti Zafirah Kamal