2019 menjadi tahun paling gemilang untuk SMK Taman Bukit Indah selepas mendominasi saingan final Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 tahun dan Piala KPM-FAM Bawah 17 tahun.

Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), pasukan Bawah 14 tahun SMK Taman Bukit Indah melakar kemenangan 3-0 ke atas SMK Putera, Kelantan sekaligus mempertahankan kejuaraan untuk kali kedua berturut turut.

Pengendalinya,  Javi Jorda ternyata berpuas hati dengan pencapaian yang dicapai oleh pasukan dan pengurusan selepas kerja keras sejak dua tahun lalu membuahkan hasil.

 

 

“Bukan tugas mudah untuk mempertahankan kejuaraan. Kami memerlukan bola dan melakukan seberapa banyak percubaan kerana mereka (SMK Putera) pantas dalam serangan balas.

“Cara permainan dan filosofi yang ada di dalam JDT dan pemain pemain memberikan yang terbaik. Permainan berpasukan sepanjang musim ini juga ditahap yang terbaik,”kata Javi Jorda

Jaringan pembukaan SMK Taman Bukit Indah terhasil di minit 41 selepas kedua dua pasukan terikat sepanjang 35 minit pertama perlawanan.

 

 

Sepakan percuma Muhd Wafiq Mohd Saiby disudahkan dengan kemas Muhd Nur Aiman Khairol untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Minit 58, gawang SMK Putera bergegar untuk kali kedua kali ini giliran Muhd Naim Zainuddin melakar nama selaku penjaring sebelum pemain gentian, Muhd Harraz Zaqwan Rosli kemenangan mutlak SMK Taman Bukit Indah dengan gol ketiga di minit 62.

“Tiga peluang keemasa yang kita perolehi gagal disudahkan penyerang. Separuh masa kedua kami menukar corak permainan tetapi 10 minit selepas babak kedua bermula, pemain pertahanan mula hilang fokus yang membolehkan mereka (SMK Taman Bukit Indah) menjaringkan gol.

“Kami cuba bangkit tetapi sudah terlewat. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pemain pemain,”kata Ketua Jurulatih SMK Putera, Mohd Hanapiah Awang.

Untuk rekod, SMK Taman Bukit Indah muncul juara Piala Menteri Pendidikan 2018 selepas menang tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B13.

Terdahulu SMK Taman Bukit Indah Bawah 17 bangkit daripada ketinggalan dibabak pertama untuk melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas SMK Seksyen 11 Shah Alam.

Muhd Rafid Irsyad Rosli meletakkan SMK Seksyen 11 didepan selepas melepaskan rembatan dari dalam kotak penalty di minit ke 7.

 

 

SMK Taman Bukit Indah bangkit dengan permainan yang mantap di babak kedua bermula dengan jaringan Muhd Shazriman Hasnul di minit 50 sebelum Daryl Sham George meletakkan skuad kendalian Jovi Carrascosa didepan lapan minit kemudian.

SMK Seksyen 11 semakin goyah apabila pemain gantian,Muhd Alif Akbar Yusof mencatat nama selaku penjaring ketiga di minit 81 sebelum Ahmad Daniel Abd Rahman menutup pesta gol SMK Taman Bukit Indah di penghujung perlawanan.

“Kami gagal bermain dengan baik dan melepaskan satu gol dibabak pertama. Pemain pemain mengubah mentaliti dan mula mencipta banyak peluang dan bermain dengan pantas.

“Empat gol yang dijaringkan adalah sesuatu yang menakjubkan untuk kami,”kata Jovi Carrascosa.

 

 

Pingat dan trofi disampaikan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum, Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zainal Abas.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN

PIALA MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BAWAH 14 TAHUN

 

SMK Taman Bukit Indah                                           3

SMK Putera                                                                 0

 

PIALA KPM-FAM BAWAH 17 TAHUN

SMK Taman Bukit Indah                                      4

SMK Seksyen 11                                                     1

- Advertisement -