Skuad bawah 15 tahun negara meneruskan rentak cemerlang apabila melakar kemenangan kedua berturut turut selepas menundukkan Kemboja 2-0 sekaligus terus mendominasi kumpulan B.

Kemboja ternyata sukar untuk dibolosi apabila setiap percubaan anak didik P Maniam dipatahkan barisan pertahanan selain penjaga gawang yang beraksi cemerlang sepanjang babak pertama.

Usaha bertali arus Malaysia akhirnya membuahkan hasil di babak kedua apabila Muhd Izrin Ibrahim membuka tirai gol di minit ke 63 untuk meletakkan Malaysia didepan 1-0.

Jaringan tersebut nyata merentap semangat juang pemain Kemboja yang mula goyah dan kesilapan kecil membuka ruang untuk Malaysia melebarkan kedudukan tiga minit berselang, kali ini giliran Muhd Aliff Izwan Yuslan mencetak nama selaku penjaring kedua Harimau Malaya.

Dua kemenangan berturut turut meletakkan Malaysia di tangga teratas kumpulan B, berkongsi enam mata dengan Australia yang turut melakar kemenangan kedua berturut selepas menang 3-0 ke atas Laos.

Malaysia bakal berdepab tugas getir, menentang Australia pada 1 Ogos depan.

 

 

 

- Advertisement -