Barisan pasukan Bunga Raya yang turun untuk menentang pasukan Sri Lanka dalam perlawanan ke-2 Kejohanan Ragbi Asia 2016. Kredit Foto - Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Barisan pasukan Bunga Raya yang turun untuk menentang pasukan Sri Lanka dalam perlawanan ke-2 Kejohanan Ragbi Asia 2016. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Oleh Ku Mohd Lufti

Tatkala Lee Nyuk Fah berdepan tekanan untuk memburu peluang mengekalkan kedudukan dalam divisyen 1 Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016, anak anak didiknya mempamer kebangkitan menakjubkan.

Jelas sekali kekalahan kepada Filipina pada aksi pembukaan tidak mematahkan semangat pemain negara untuk menguasai perlawanan sekaligus mengejutkan pasukan pilihan, Sri Lanka dengan kemenangan 42-17.

Kapten pasukan Bunga Raya, Mohd Syahir Asraf Rosli (merah) cuba melepasi halangan pemain Sri Lanka. Kredit Foto - Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Kapten pasukan Bunga Raya, Mohd Syahir Asraf Rosli (merah) cuba melepasi halangan pemain Sri Lanka. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Seakan akan tidak gentar ketika beraksi di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara, anak anak didik Nyuk Fah mendominasi babak pertama 20-10.

Dua try berjaya diperolehi dalam tempoh 13 minit menerusi Mohd Shahir Ashraf Rosli dan Etonia Vaka Saukuru manakala Mohd Sharif Syafirul menyumbang 10 mata menerusi 2 conversion dan 2 penalti.

Sri Lanka cuba bangkit untuk mengurangkan deficit gol menerusi penalty Riza Mubarak sebelum menambah mata hasil try Kavindu Perrera dan conversion oleh Riza.

Dua pemain pasukan Malaysia menghalang pergerakan pemain pasukan Sri Lanka. Kredit Foto - Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Dua pemain pasukan Malaysia menghalang pergerakan pemain pasukan Sri Lanka. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Semangat juang Sri Lanka dipatahkan pemain negara, Sayrif terus cemerlang menambah mata untuk Malaysia menerusi penalti dan conversion.

Manakala Badrul Muktee, Tengku Mohd Fareez Tengku Roslan dan Mohd Aiman Jamaluddin melakar nama selaku penyumbang mata untuk Malaysia menerusi try. 

Pasukan Malaysia meraikan kemenangan. Kredit Foto - Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Pasukan Malaysia meraikan kemenangan. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Muhd Amirul Aqil Kamsul turut sama menyumbang mata untuk Malaysia menerusi conversion dipenghujung perlawanan.

Meskipun Sri Lanka bangkit menambah 7 mata  hasil try Buwanaka Udangamuwa dan conversion oleh Rize, namun ia belum cukup untuk menghalang Malaysia dengan keputusan 42-17.

Gelagat penyokong tegar ketika meraikan kemenangan pasukan negara setelah menewaskan pasukan Sri Lanka. Kredit Foto - Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Gelagat penyokong tegar ketika meraikan kemenangan pasukan negara setelah menewaskan pasukan Sri Lanka. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Ia sekaligus mengesahkan kemenangan pertama skuad kendalian Lee Nyuk Fah selepas dua perlawanan.

Malaysia akan menutup aksi ARC Divisyen 1 2016, menentang Singapura pada Sabtu.

- Advertisement -