Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang turut hadir meyaksikan perlawanan akhir ini turut meraikan kejayaan pasukan ragbi Malaysia yang berjaya mengungguli Kejohanan Ragbi Asia 2016 setelah mengalahkan pasukan Singapura. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan menundukkan pasukan pilihan, Sri Lanka nyata menjadi kunci kejayaan skuad ragbi Malaysia di Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016 di Bukit Kiara apabila menutup saingan selaku juara Divisyen 1.

Aksi terakhir menentang Singapura, skuad kendalian Lee Nyuk Fah tampak tidak berdepan masalah untuk mendominasi perlawanan, sebelum menang 40-20.

Meskipun ketinggalan 0-6 hasil penalti oleh Mike Peterson, Malaysia mula bangkit mengurangkan deficit mata menerusi penalti Sharif Saiful Azwan sebelum Azmir Zanul Abdin melakukan try untuk mengubah kedudukan 8-6 memihak Malaysia.

Sharif sekali lagi cemerlang apabila menambah 3 lagi mata menerusi penalti di minit ke 31 untuk menutup babak pertama dengan kedudukan 11-6.

Anak didik Lee Nyuk Fah terus gah mendominasi perlawanan meskipun beraksi di atas padang basah akibat hujan.

Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016 yang telah berlansung di Bukit Kiara turut menerima kehadiran penyokong yang besar. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2016 yang telah berlansung di Bukit Kiara turut menerima kehadiran penyokong yang besar. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Minit ke 46, giliran Etonia Sakuru mencatat nama selaku penyumbang mata untuk Malaysia hasil gerakan cantik sebelum melakukan try.

Malaysia terus dahagakan mata apabila Azmir, Jona Wasa dan Sharif Saiful terus menambah mata negara meskipun Singapura turut bangkit untuk mengurangkan defisit gol.

Atunasia Takubu menutup pesta jaringan Malaysia dengan try untuk keputusan akhir memihak Malaysia 40-20 sekaligus muncul juara Divisyen 1.

Anak didik Lee Nyuk Fah terus gah mendominasi perlawanan meskipun beraksi di atas padang basah akibat hujan. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com
Anak didik Lee Nyuk Fah terus gah mendominasi perlawanan meskipun beraksi di atas padang basah akibat hujan. Kredit Foto – Faiz Azizan/malaysiarugby.com

Satu lagi aksi divisyen 1 menyaksikan Sri Lanka dipaksa bekerja keras sebelum menundukkan Filipina 25-21.

Kemenangan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan, Sri Lanka kekal di tangga kedua manakala Filipina juga kekal menghuni tangga ketiga sekaligus akan terus berada di divisyen 1.

- Advertisement -