az4a7482

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad bawah 19 tahun negara terus mencerahkan peluang untuk ke pusingan kalah mati selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam aksi kedua kumpulan A.

Selepas membuka tirai kumpuan dengan kejayaan selesa 5-0 ke atas Filipina, anak anak didik Frank Bernhardt tampak turun dengan keyakinan ketika menentang Singapura di Stadium Hang Day.

Hanya 15 minit diperlukan skuad negara untuk merobek gawang Singapura menerusi percubaan dari jarak 20 meter oleh Mohd Zarulizwan Mazlan.

Anak didik Frank Bernhardt ternyata turun dengan azam untuk memburu slot ke final apabila banyak menguasai perlawanan.

Malah, gerakan gerakan individu khususnya dibahagian serangan cukup sukar untuk dipatahkan barisan pertahanan Singapura.

Sebelum wisel separuh masa pertama ditiup, Muhammad Jafri Chew melebarkan kedudukan untuk Malaysia hasil gerakan solo untuk kedudukan 2-0 memihak Malaysia.

Kelebihan jaringan tersebut seharusnya menjadi penyuntik semangat buat Malaysia untuk terus menguasai perlawanan.

Namun, pertahanan mula longlai dan mudah melakukan kesilapan untuk memberi ruang kepada pemain Singapura melakukan percubaan.

Gawang Malaysia akhirnya bolos ketika perlawanan berbaki lima minit untuk ditamatkan apabila sepakan percuma Muhammad Syahrul Sazali terus menerjah gawang Malaysia untuk memberikan jaringan saguhati buat Singapura.

Malaysia akan turun menentang pasukan yang berada di tangga ketiga, Timor Leste pada 17 September sebelum melengkapkan jadual kumpulan A, menentang pada 19 September depan.

- Advertisement -