Persembahan yang luar biasa daripada Aifa Azman membantu Malaysia memenangi pertandingan akhir skuasy berpasukan wanita dengan menewaskan musuh ketat Singapura 2-1 di Stadium Skuasy Nasional, Bukit Jalil Selasa (29 Ogos).

Remaja berusia 15 tahun itu mengalahkan Sneha Sivakumar, 16, dalam perlawanan penentuan pingat emas setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sebelum itu, Pamela Chua menewaskan Ooi Kah Yan 3-2 dalam perlawanan sengit, terutama memenangi set penentuan 11-9 untuk Singapura mendahului.

Malaysia kembali menyengat pada ?perlawanan ?kedua apabila Andrea Lee menang 11-8, 11-6, 11-6 menentang Mao Shi Hui untuk menyamakan ?ke?dudukan 1-1. Perlawanan penentuan antara Sneha dan Aifa menyaksikan kehebatan kedua-dua pemain tetapi Aifa lebih menonjol dan menang 3-0.

“Saya gugup sedikit setelah kita kalah perlawanan pertama dan saya merasa tekanannya. Lagipun ini kali pertama saya bermain dalam gelanggang bertutup kaca tetapi cepat menyesuaikan diri,” kata Andrea.

Sementara itu, Singapura menewaskan Filipina 2-1 untuk pingat emas acara berpasukan lelaki.

 

- Advertisement -